This entry was written dalam kereta on the way back to Penang at 3.00 am.Hi.
Do you believe in suwey? Haha soalan pertama dah serupa apa. Lupakan. Tapi kau tau, dari dulu member saya sejak sekolah dan even member uni cakap yang saya ni mulut masin. Kalau cakap mesti jadi. Lagi lagi benda yang saya saja saja je cakap tanpa niat. And it happened today. Again.
Saya selalu cakap, kalau satu hari tu, saya terkena bad luck, sampai ke malam nak tidur nasib tak akan menyebelahi saya. Macam suwey. Saya tak sepatutnya cakap macam tu selalu, sebab mulut masin saya. However, the damage has been done.
Tau tak saya turun KL jumpa member? Dan permulaan suwey hari ni adalah bila saya realize
my fav pajama tertinggal dekat rumah member. Then, the list goes on and on.
saya mandi nasi lemak dekat sogo. Jugak sebab mulut masin saya sambil makan cakap "ini dapat wing ada yang ayam terbang kang." ayam tu terus terbang bersama sambal dan nasi penuh atas tudung, tee, cardigan, jeans, tali bagpack, dan jugak Mitch Albom saya dalam handbag. Tak tau la boleh hilang tak kesan minyak super banyak atas tudung cream fav aku tu.
kena halau dengan pekerja kedai kain baju kurung sebab tumpang cermin dia try tudung kedai orang lain. Sila note yang saya tak pernah pakai dan tak pernah ada tudung instant. tak memasal terpaksa beli. yes, saya pengguna setia tudung bawal. Dan satu hari tadi aku rasa aku adalah orang paling serabai hanya kerana nasi lemak ayam sogo.
beli baju dan aku baru perasan aku capai salah saiz lepas keluar dari shopping mall. Memang rezeki adik aku nak dapat baju mahal. Dan cantik.
kena pow dengan budak art kolej mana entah depan midvalley untuk beli hasil seni dia orang.Aku ingat sekadar tulis nama untuk support kerja dia orang. Tiba tiba dia kata kena beli keychain RM 30 or RM 50. Kau gila? Dan sebab aku kata aku cuma ada rm 50 nak beli tiket bus maka terbang Rm 10
nak beli takoyaki panjang nak mampus. Masa aku nampak tak ada orang, then bila aku pergi situ balik lepas 10 minit barisan bertukar super panjang
menyesal beli McD. Baik aku beli buah jimat dan kenyang dan perut tak pedih macam sekarang sebab carbonated drink
train ktm delay satu jam. Stresssss! Dan bag Rain Fay bagi koyak sebab orang tolak aku.
The great ones, MASTERPIECE yes, aku tertinggal bus KL-Penang. Kami tertidur dekat rumah kakak kawan aku. Sepatutnya aku tak dengar pelawaan dia suruh tidur sekejap sebelah dia so that pukul 12 aku boleh gerak dia bangun dan pergi bus stand. Dari awal aku dah rasa naik bus malam akan bawa masalah. Tapi sebab kawan aku beli tiket last pukul 1 pagi nak buat macam mana. Sepatutnya dari awal aku ikut planning aku sendiri. Naik bus tengah hari. Sorang-sorang tak ada hal macam masa aku pergi dari Penang tu. Nak berteman punya pasal jadi macam ni.
sebab sorang lagi yang akan balik ke USM sekali adalah junior aku yang akan ada kuiz esok mustahil kami nak balik esok pagi. Maka sekarang kami bertiga tersadai dalam kereta kawan junior aku untuk ke Penang. Dan kau tau tol ke Penang bukan murah. Dan tol pergi-balik ok. Aku mula nampak duit aku terbang melayang layang. Serius aku betul betul broke bulan ni. Mungkin bankrup. Financial aku tak pernah seteruk ni sepanjang aku hidup 21 tahun. Aku stingy, cheapskate dan semua yang sewaktu dengannya. Dan minggu ni buat tahap depressi aku makin teruk.
aku sentiasa ada mineral or plain water ke hulu hilir. Mineral water aku dah habis dan shell yang driver berhenti tadi punya mart dah tutup. Sekarang tekak aku rasa macam nak koyak dalam kereta ni.
Kesimpulannya, aku memang tak boleh cakap sebarangan sebab nanti jadi betul betul. Ohh sepatutnya aku ikut instink aku jangan naik bus malam, susah. Sebab instink aku never fail. Dan sekarang aku tak boleh tidur sebab aku tak biasa tidur dalam kereta. Lagi lagi dengan driver yang aku kenal tak sampai 5 minit dan lagi dia bawak super laju 120 dekat jalan gelap.
Arghh stressss nampaknya sebulan aku kena grounded sebab tak da duit. Ohh duit tol minyak yang akan dibayar ni patut boleh beli one set mitch albom dekat kinokuniya hari tu. Aku tak kisah kalau jadi macam macam satu hari sebab macam fun giler bukan senang nak dapat experience itu ini kalau setakat duduk bilik baca buku. Tapi benda macam ni yang paling aku tak suka adalah, dia turut ditemani dengan kehilangan $$$$$$$ yang banyak. Tsk OTL
- Posted using BlogPress from my iPod Touch-