Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Me: The One and Only
Hi! 안녕하세요 ! Thanks for reading! ^^ ~He, who has no strength to dream, has no strength to live~Ernst Toller~
Disclaimer
Hi! Before anything else, just to remind you, I'm talking craps sometimes, so whatever is written here, just deal with it because afterall this is my blog (: I'm not an English/Bahasa teacher, so pardon my grammar. No any childish acts. Respect is a must. Thank You :D
Email: nurulshariff90@yahoo.com
AYUMIYOSHIDA:)
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME | A Plain Jane
Not just any type of girl Hello! I'm Nurul. 21 year old. AB blood type. Lefty. Another plain Jane who rarely has an objective. I just accept what I get, either it was a reward for my hard work or even it was a punishment from my laziness. Those facts explain how loser I am. Oh I am also one of girls who wrote fan letter as her bio. Love pink. Has 2 different personality because I am AB lol. Half of myself already here so yeah, just read it! ^^ ohh! I'm so random. Remember!



Instagram


Twitter


Khamsahamnida


Airi's first giveaway
Photobucket

Currently...
Feeling : Has crush on 이태민-koe ga suki. Soshite, anata no silent gesture, daisuki. 태민-san no ongaku itsumo kikimasu.
Eating : sushi, takoyaki, green tea,skittles, oat krunch, marshmellow lover. Nowadays mum homemade foods are saikou!
Doing : Sleeping 10 hours/day to get a better skin bleagh.
Watching : salamander guru and the shadow, operation love kver, painter of the wind, Rooftop Prince.
Reading : tuesdays with morrie by mitch albom.
Listening to : Lee taemin. Younha. Any beautiful ballad & R&B,Be Ma Girl-Teentop, Good night-B1A4.

Always Keep The Faith


CLERKSHIP SCHEDULE

[1] Clinical Oncology :
15/4/12-19/4/12

[2] Obstetric & Gynecology :
22/4/12-26/4/12

3] Surgery/Radiopharmacy :
29/4/12-3/5/12

[4] Pediatric :
6/5/12-10/5/12

[5] Medicine :
13/5/12-17/5/12

[6] Community Pharmacy :
20/5/12-24/5/12

[7] Psychiatry :
27/5/12-31/5/12

Wishlist

Daily Reads
Fay | WZul | Zati | Wana | Dramabeans | QiuQiu |

University
Ori | Kak Nuha | Ilham | Kak Syu | JauzeeUmny | Raj | Dila | Kak Fatin | El | Nabila | Pai | Syafuan

School
Faiz | Alif | Fizan | Zam | Syafizan | Faiq | miraayon | Tiqasaid

Familia
Kak Ya | Dek Ha

Fangirling&stuffs
Hananorisa RL | Fana | Mr.Pinky | Pinat | Jade | Nasyirah | Dorama | Hananorisa | Waiem | Icepluscoffee | C3JJ

miscellaneous
Agama | Adifstory | RahsiaFarmasi | Saifulislam | Doctor | Terfaktab | HanieHidayah | TeyCindy | Revelinme | CynthiaOng | Jezmine | Fatinliyana |

Rotten Things
March 2009 | April 2009 | July 2009 | August 2009 | September 2009 | October 2009 | November 2009 | January 2010 | February 2010 | March 2010 | April 2010 | May 2010 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 | December 2010 | January 2011 | February 2011 | March 2011 | April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | February 2013 | April 2013 | May 2013 | June 2013 | September 2013 | February 2014 |

bila fan girl jaga kedai sorang-sorang | eh kau me...
misi nak mencabut gagal. adeh
gaji gaji gaji
bangla hidung mancung ke, apa ke, saya tak nak, ka...
[Super Junior challenge] Day 7: An SJ song that ma...
[TVXQ challenge] Day 7: An TVXQ song that makes yo...
#1 Kisah satu dollar US 80 sen | #2 Si budak pink ...
[Super Junior challenge] Day 6: Your Favorite MV
[TVXQ challenge] Day 6: Your Favorite MV
kisah seorang nurul dan 49 days parody | Kenapa ke...

Click!

> comments
orang kata kalau kita happy terlebih siang hari, nanti malam menderita
Written at Sunday, July 10, 2011 | back to top

memang betul pun. eceh. semalam lah kena dekat aku. haha. kisahnya pagi-pagi buta pergi kerja ngantuk-ngantuk, masih mamun tak ada mood, pergi bukak pintu dengan longlai, disebabkan naik motor, aku yang selalu sampai awal ni tak adalah merayau dulu, terus bukak kedai sebab tak ada tempat nak letak helmet. lepas bukak pintu yang maha berat macam kalau perut kau kenyang lepas bukak lapar balik, lepas tu jantung kau berdegup laju macam baru lepas buat cardio exercise macam jumping rope 200 kali, pusing-pusing belakang tengok ada lelaki hensem tolong angkat besi berat pembahagi pintu kedai tu. aku macam blur kejap, otak tak berapa function pagi-pagi, rupanya si ah hui. (macam biasa kau orang akan dengan nama dia aja dekat sini selagi aku masih kerja dekat kedai tu, ehem cik kiheee).

aku macam, wah pagi-pagi dia dah masuk, selalu petang sikit lepas dia hantar stock kat branch lain. hensem lagi pagi-lagi ni, selalu rambut serabai je, hari ni smart bergel bagai, masuk-masuk terus belek cermin pergi betul rambut, tak boleh blah. aku pun apa lagi, sebab dia datang awal, aku pun macam orang jakun time pergi tapau makan, merayau-rayau masuk kedai sana-sini. first time kau tau, aku merayau-rayau time kedai-kedai bukak. selalu aku merayau masa kedai belum bukak (sebab sampai awal giler) or kedai semua dah tutup (waktu balik kerja).

makcik sepupu: ni apasal ni kat sini ni? merayau la tu? siapa jaga kedai?

aku: budak cina tu sampai awal.

makcik sepupu: wah suka dia ye mentang-mentang jaga dengan lelaki tak banyak hal sangat.

aku: yelah, nanti hari isnin kita tak dapat dah nak buat macam ni, nak main-main, kena jadi budak baik.

makcik sepupu: padan muka. lepas ni duduk lah kau dekat kedai macam dalam penjara bila akak tu balik.


lepas tu ingatkan, boleh la happy main-main sampai malam. sekali dalam pukul 6 ah hui kata dia kena pergi tempat lain, bye bye, nanti bos datang jaga. ambik kau jaga dengan bos, memang jadi anak tikus ah aku sampai ke malam. bos offer makan pun aku tak pergi. haha. dah la aku sakit perut semalam. kerja sana, baru 21 hari, dah 3 kali aku sakit perut tau tak. kotor agaknya orang sana masak. secara purata seminggu sekali aku sakit perut. benci betul. padahal makan roti tesco. semalam je makan makanan berat sakit perut.

ah hui: can i help you?

aku: saya salah makan la. sakit perut meh, muntah lagi.

ah hui: haha, you makan itu minyak sakit perut la.


memang pun, mee kungfu semalam dah la salah beli konfius dengan mee hongkong, sekali minyak banyak giler, makan beberapa suap, terus buang. bos offer pergi makan malam pulak, pura-pura kenyang, padahal lapar yang amat. ambik kau. kebulur sampai malam. sampai-sampai rumah, terus terjah periuk nasi serupa hantu kubur baru bangkit. haha.

tapi kira okay la lengchai tu datang awal semalam, sebab pagi-pagi buta baru nak bukak sale kedai aku dah kena fire dengan sorang pakcik ni. nasiblah masa tu si ah hui yang jaga cashier, kalau aku yang jaga, or time tu dia tak ada, mau aku nangis sorang-sorang kena tengking dengan pakcik panas baran tu.

pakcik banyak hal: ini apa beli barang murah sampai seratus lebih? kau salah kira ke apa? kau kira semula. apa kau ni nak menipu ke hah?

ah hui: ini betul saya kira. pakcik tengok ha saya kira. (keluar barang satu-satu dari plastic. aku yang tolong pegang barang-barang tu dah cuak, jangan la pakcik ni buat hal lagi teruk. siap kira memang betul la tak ada salah.)

pakcik: walao, ini apa kedai ni menipu je, kata barang itu Rm5 ini Rm5 bayar-bayar sampai seratus lebih. ini kalau rosak saya boleh tukar ke?

ah hui: boleh-boleh. tak ada hal punya.

pakcik banyak hal: aku nak resit. mana resit?

ah hui: (bagi resit)

pakcik banyak hal: walao, ini resit ini macam nama kedai pun tak ada macam mana kau niaga ni. eh kalau kedai runcit pun ada nama kedai la. ini nanti kalau aku mintsk tukar kau kata aku tipu pulak.

aku: tak apa pakcik, nanti pakcik datang, kalau ada apa-apa saya kenal pakcik. pakcik jangan risau.

pakcik banyak hal: kau kenal la aku, tapi ini kau jual barang tak bagus macam mana aku nak report dekat persatuan pengguna kedai kau tipu orang ni? resit pun label tak ada, nama kedai tak ada?

aku: (daripada mood takut bertukar jadi bengang. daripada senyum versi polite, bertukar jadi senyum menyampah.) sorrylah pakcik, nanti saya cakap dengan bos suruh tukar mesin senang sikit kalau ada apa-apa hal.

isteri pakcik: dah la, kesian budak ni. (dia dah spot agaknya aku yang lagi tadi baik je layan, pelan je suara, lembut je cakap, nada dah berubah, senyum dah berubah, terus tarik suami dia.)

aku: pakcik... biasalah tu, barang harga Rm5 memanglah tak berapa tahan.

pakcik banyak hal: tapi tak kan satu hari pakai dah rosak?

aku: tak adalah satu hari. tapi, biasalah BARANG MURAH, tahan la seminggu. kalau pakcik nak tahan setahun pakcik beli la yang harga RM50 sehelai. baru ada kualiti.

pakcik senyap keluar dengan malu agaknya. line akhir tu, ada la aku guna beberapa kali dekat customer cerewet, lepas kena sindir, senyap sekor-sekor, dari bongkar membongkar, bebel sana sini menyusahkan aku, terus keluar. bagus. aku suka. sebab aku tau, customer cerewet macam tu memang tak akan beli punya. duit pun tak ada agaknya. kerja menyusahkan orang je. ingat aku tak sekolah agaknya. tapi kes pakcik ni, perangai panas baran macam tu aku takut jugak. dah la kat belakang kedai, time aku tengah serve isteri dia, dia boleh datang lepas tu gaduh dengan isteri dia pasal harga, mahal la, itu la, ini la, masa tu aku duduk tengah-tengah antara isteri dia dengan dia. aku macam anak tengok mak ayah gaduh. kejap tengok muka makcik tu, kejap tengok muka pakcik tu. dasar tak tau malu punya pakcik. kat tengah-tengah kedai depan orang kau boleh gaduh. tahun depan, kalau kita jumpa kat hospital, insyaallah saya tegur pakcik, ye pakcik. haihhh.

lagi satu customer yang suka menyusahkan aku secara regular setiap hari, india ke pakistan ke entah, tapi bukan orang malaysia la, kerja kedai mamak dekat tingkat bawah. hari-hari, pagi-pagi mesti masuk kedai aku tanya barang itu-ini, bongkar sana-sini, mintak diskaun sudahnya tak beli. eh ni kedai harga tetap, nak diskaun pergi pasar malam yang kononnya lagi bagus, lagi murah tu. Ada satu hari tu, aku termengamuk dekat customer ni depan Ah Hui. Ah Hui tanya, "kenapa?" aku geleng jela. sekali semalam, ah hui balik beli air, dia membebel-bebel sebab beli milo ais kena charge dengan india tu RM2, lepas tu manis giler tak sedap. aku gelak-gelak jela. first time tengok lengchai pendiam senyum je membebel-bebel. kelakar pulak.

ah hui: you pernah beli dekat mamak?

aku: tak. akak kata tak sedap. mahal lagi.

ah hui: yala, gila ini air RM 2, manis lagi. tengok ah, nanti dia datang mintak diskaun saya jual sama dia, yang 3 Rm 10, saya jual 3 Rm 20.

aku: (ketawa) oh, itu india yang saya marah semalam ke?

ah hui: yala. yang pakai baju purple tu. yang selalu minta diskaun.

aku: oh dengan you pun dia ada datang?

ah hui: adala. mintak itu murah, ini murah.

aku: sebab tu la semalam saya marah dengan dia. tak tahan la, hari-hari pagi pagi, saya baru lepas kemas dia bukak sana sini mintak diskaun, saya cakap tak boleh, dia mintak lagi, mintak lagi, mana saya tak marah.

ah hui: (sengih) tak boleh. rm 29. tak boleh. rm 29. (mengajuk gaya aku marah.)

lagi satu perangai bodoh customer. ini masa aku jaga dengan akak manager. ada sorang india ni. dekat luar dia tengok aku dari atas ke bawah. aku, kalau ada orang macam ni, memang aku terus lari masuk dalam. kemas kat dalam. tiba-tiba dia datang dekat aku, mintak tolong cari saiz seluar slack poket-poket tu untuk dia. aku tengok cari-cari, dia sibuk tengok muka aku, tengok atas bawah, tangan pegang-pengang dia punya kemaluan. bodoh la orang ni. aku memang terus hentak-hentak seluar tu, cakap pun bunyi nak mengamuk. seluar tu semua dalam plastik, bila hentak-hentak, campak-campak, bunyi bisingla, sampai akak manager toleh, aku behave la balik. tapi, siapa tahan kena gangguan seksual dengan customer bodoh macam tu. dia bukan beli pun, tak ada saiz la, apa la, macam-macam. bodoh betul.

eh okay la. aku dah lambat ni. bye bye!

Labels:

4 comments