Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Me: The One and Only
Hi! 안녕하세요 ! Thanks for reading! ^^ ~He, who has no strength to dream, has no strength to live~Ernst Toller~
Disclaimer
Hi! Before anything else, just to remind you, I'm talking craps sometimes, so whatever is written here, just deal with it because afterall this is my blog (: I'm not an English/Bahasa teacher, so pardon my grammar. No any childish acts. Respect is a must. Thank You :D
Email: nurulshariff90@yahoo.com
AYUMIYOSHIDA:)
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME | A Plain Jane
Not just any type of girl Hello! I'm Nurul. 21 year old. AB blood type. Lefty. Another plain Jane who rarely has an objective. I just accept what I get, either it was a reward for my hard work or even it was a punishment from my laziness. Those facts explain how loser I am. Oh I am also one of girls who wrote fan letter as her bio. Love pink. Has 2 different personality because I am AB lol. Half of myself already here so yeah, just read it! ^^ ohh! I'm so random. Remember!



Instagram


Twitter


Khamsahamnida


Airi's first giveaway
Photobucket

Currently...
Feeling : Has crush on 이태민-koe ga suki. Soshite, anata no silent gesture, daisuki. 태민-san no ongaku itsumo kikimasu.
Eating : sushi, takoyaki, green tea,skittles, oat krunch, marshmellow lover. Nowadays mum homemade foods are saikou!
Doing : Sleeping 10 hours/day to get a better skin bleagh.
Watching : salamander guru and the shadow, operation love kver, painter of the wind, Rooftop Prince.
Reading : tuesdays with morrie by mitch albom.
Listening to : Lee taemin. Younha. Any beautiful ballad & R&B,Be Ma Girl-Teentop, Good night-B1A4.

Always Keep The Faith


CLERKSHIP SCHEDULE

[1] Clinical Oncology :
15/4/12-19/4/12

[2] Obstetric & Gynecology :
22/4/12-26/4/12

3] Surgery/Radiopharmacy :
29/4/12-3/5/12

[4] Pediatric :
6/5/12-10/5/12

[5] Medicine :
13/5/12-17/5/12

[6] Community Pharmacy :
20/5/12-24/5/12

[7] Psychiatry :
27/5/12-31/5/12

Wishlist

Daily Reads
Fay | WZul | Zati | Wana | Dramabeans | QiuQiu |

University
Ori | Kak Nuha | Ilham | Kak Syu | JauzeeUmny | Raj | Dila | Kak Fatin | El | Nabila | Pai | Syafuan

School
Faiz | Alif | Fizan | Zam | Syafizan | Faiq | miraayon | Tiqasaid

Familia
Kak Ya | Dek Ha

Fangirling&stuffs
Hananorisa RL | Fana | Mr.Pinky | Pinat | Jade | Nasyirah | Dorama | Hananorisa | Waiem | Icepluscoffee | C3JJ

miscellaneous
Agama | Adifstory | RahsiaFarmasi | Saifulislam | Doctor | Terfaktab | HanieHidayah | TeyCindy | Revelinme | CynthiaOng | Jezmine | Fatinliyana |

Rotten Things
March 2009 | April 2009 | July 2009 | August 2009 | September 2009 | October 2009 | November 2009 | January 2010 | February 2010 | March 2010 | April 2010 | May 2010 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 | December 2010 | January 2011 | February 2011 | March 2011 | April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | February 2013 | April 2013 | May 2013 | June 2013 | September 2013 | February 2014 |

Confession
A love letter: Koi shichattanda, tabun kitzuitenai...
of my brain and the devil living inside.
Path
mungkin itu yang dikatakan rumah ku syurga ku.
stresss
Ohai. Rasanya da lama sangat tak update kan. Hari...
Working life: After 2 months
Seoul Trip | Part 1: Tips to travel in Seoul as a ...
Liebster Blog Award

Click!

> comments
goodbye darling good bye | apa kau rasa bila crush anda mengaku gay?
Written at Saturday, July 30, 2011 | back to top

pardon me for cerita pasal tempat kerja, to be exact pasal mr. crush almost every entries sekarang.

hari ni hari jumaat so, kita mulakan hari dengan niat kerja baik-baik la dapat berkat hari jumaat. dan sampai-sampai hari ni, aku belum siap bukak pintu, tengah sibuk belek-belek cermin lepas bukak lampu, the batang hidung yang di cari-cari melambai dari jauh. aku pun dalam hati, eh? dia ke? memang senyum lebar la aku sepagi. haha. awal-awal pagi pulak tu dah muncul. tapi kesian jugak sebab orang tak ada pulak. macam saje-saje je datang. aku rasa bos ingat orang ramai hari jumaat sebab tu dia hantar mr.crush pagi-pagi buta dekat TP ni.

mr crush: ( letak seluar dekat hanger) cantik tak ini?

aku: hmm, cantik. you angkat satu la.

mr crush: (sengih) tak ada wang.

aku: haha. tak payah la. simpan la you punya duit buat beli camera.

mr crush: (sengih) eh you tau meh?

aku: tau la. you yang cakap dulu.

mr crush: haha. saya lupa.


alah kau apa yang kau ingat? aku memang dah tau sangat da perangai pelupa kau. macam ada amnesia. balik, tidur, bangun tidur memori semua reset, tu yang jaga satu minggu dengan aku, everytime bukak kedai, tutup kedai, tanya itu simpan mana, ini simpan mana. padahal dulu anda jugak yang selalu jaga sini masa saya belum masuk. haha.

seluar tu punya pasal aku dapat dengar anak bos bebel sikit cakap dekat kak bila mr.crush dah keluar, "entah dia, dekat giant ada banyak oh seluar macam ni, dekat sini jugak dia mau angkat."


kak manager hari ni seronok la dia usik mengusik.

kak manager: eh, ada amoi sini suka sama you. hari-hari dia tanya mana you, kenapa tak datang-datang.

mr.crush: iya meh? mana ada.

kak manager: ada la, betul. itu amoi, baik, masih belajar lagi. you suka ke tak suka?

mr.crush: mana ada, akak ke suka?

kak manager: saya buat apa. you macam anak. anak saya boleh la. cepat, you suka ke tak suka?

mr. crush: (sengih-sengih) tak suka.

kak manager: hah? kenapa you tak suka? awal-awal you dah kata tak suka. nangis la itu amoi dengar you kata you tak suka.

mr. crush: (sengih sengih pergi belakang)

aku: kak, saya pergi toilet la, nangis dulu. (ketawa)

kak manager: (ketawa) you sudah makan ke?

aku: belum. tapi saya dah kenyang.

kak manager: you makan apa?

aku: makan hati.

lepas tu tone suara aku kasi pelan sikit sebab mr.crush sibuk dengar dari jauh sengih-sengih. lepas tu time pergi tunjuk barang sampai kat kak manager mr.crush datang menyibuk lagi.

mr. crush: (sengih-sengih) bos. bos Ani.

kak manager: apa saya bos. you la, ada amoi suka you, you cakap tak suka, kesian itu amoi.

mr crush: siapa dia..?

aku: you cakap tak suka, kalau you tau siapa dia, malu la dia.

mr crush: saya suka lelaki la.

kak manager: you cakap betul, itu hari you kata ada lelaki suka you, ini hari you kata you suka lelaki pulak. you, betul ke?

mr crush: (muka blur ke, apa ke, aku tak tau.)

aku: pergi la, cari itu aqua kedai depan sana.

kak manager: eh, lelaki sama lelaki mana boleh. you betul sikit, tak boleh dapat anak lagi.

aku: you cakap betul, you memang suka lelaki ke?

mr. crush: (sengih) entah.

aku pun blah la terus dari situ pergi depan, biar dia dua beranak borak pasal raya la apa lagi agaknya. pergi mengubat hati yang duka. haha. tak ke rasa macam "hah?" bila orang yang kau suka mengaku gay? gila apa ingat dalam drama? tiba-tiba aku teringat personal taste. ceh. hah pergi la sana kau couple dengan anak bos. tapi kan, pasal apa aku masih tetap jadi fan girl mr. crush eh macam tak kisah pun dia kata dia suka lelaki. haha. dia main-main ke betul ke aku pun confius sebab dia pun suka tengok-tengok barang perempuan tapi masih sedar la diri tak boleh pakai tu semua. entah la, betul ke tidak budak tu. kalau betul ni mungkin kes fobia zaman dulu masa ada amoi, amoi kerja mengikis, kuat cemburu la, itu ini. silap you tak jumpa saya awal-awal. saya amoi versi baik punya, bukan serupa amoi you yang dulu. hahaha.

well, anyhow, aku rasa macam dah tak ada apa yang terkilan la sebab dah cakap proper goodbye dekat mr.crush. haha. itu hari nak cakap tak sempat, cuma dia tau aku nak berhenti tapi no goodbye, no anything sebab kak manager masuk awal satu hari, jadi tak sempat nak cakap in proper way la. So, hari ni,

aku: hey, bye bye. hari ni last la you jumpa saya. lepas ni you datang sini saya dah tak ada. bye bye. (melambai-lambai bye bye)

mr crush: (senyum. hulur tangan err to be exact penumbuk, ke genggam tangan gitu, aku pun tak tau nak cakap macam mana)

aku: (blur. tumbuk balik tangan dia, and suddenly think, why on earth i do that?)

and terfikir, itu bukan gaya budak-budak lelaki jumpa member ke? does he see me as his kawan-kawan lelaki. kau ingat aku ah boy ke? aku ah moi la.

and mr.crush blah, macam biasa la mesti akak manager kena punya.

aku: akak kata ah boy semalam. tipu.

kak manager: mana ada tipu. iya betul la, akak kata ah boy kan?

aku: mana ah boy, bukan ah boy.

kak manager: (ketawa) itu ah hui bukan ah boy? habis apa? ah kua?

aku: (ketawa) yelah, akua la dia, suka sama lelaki, pergi jadi akua sana.

*ah kua/akua/aqua means pondan chinese cakap. tapi saya tak ingat itu hokkien ke apa punya dialect.

okay that's it.

dan lagi, aku tengah demam sebenarnya. selsema, tak ada suara, batuk-batuk, sakit tekak. cuaca tak tentu kut. kesejukan aje aku dekat situ. bila kak tanya jawapannya senang je, "demam la saya, darling tak suka menangis dah saya, dia mengaku gay, demam pulak la saya." kak manager gelak-gelak balas, "iya ke you demam sebab itu, ke ini demam sebab dia hulur tangan dekat you ni. satu minggu tak cuci tangan nanti, cium je tangan tu. nanti saya cakap sama dia, apa la you, pergi hulur tumbuk macam tu, sama amoi patut you cium ke tangan dia, tengok sudah demam dia." aku ketawa jela sebab dalam kepala aku terbayang satu gambar dalam handphone. dan kalau gambar tu jadi kat aku, itu betul aku tak cuci tangan seminggu.



mr hae pujaan hati kiss tangan fan. ini memang aku tak cuci tangan. eceh. haha.

Labels: , ,

2 comments
Pek cek bila ada customer yang cari telur penyu
Written at Friday, July 29, 2011 | back to top


A quick update.














dia cuma beli seluar 3 helai RM10, tapi satu kedai dia bongkar. bak kata akak manager, "you tau telur penyu? itu orang macam cari telur penyu. nak cari satu susah dapat." akak manager pun bengang siap suruh aku pergi berdiri sebelah orang tu tengok lama-lama. Aku buat, tapi orang tu sengih-sengih sori-sori sambung korek balik. heh pek cek. gila lama dia sorang dari aku solat magrib dekat pukul 8, sampai aku siap pasang price tags untuk barang-barang lain, kira customer lain punya barang, lebih 9.30 baru dia keluar. pingsan la macam ni. memang kau stressed bila ada orang macam ni lagi-lagi bila kau baru susun cantik-cantik tak sampai 5 minit. aku ada je gambar pencari telur ni, tapi tak sampai hati nak letak sebab takut esok-esok orang letak gambar aku pulak. ekeke. tapi customer macam ni memang kami anti betul. bukan aku, dengan pekerja-pekerja kedai ni jela, kedai-kedai lain pun macam tu jugak. jadi, behave ye kengkawan kalau shopping tu. pekerja kedai baju tu manusia, bukan robot kemas baju.

eh, sehari dua ni sales naik ni, tapi bukan sebab ramai orang datang, tapi, sebab ramai orang beli dekat RM200, 300, senyum la Bos, tak ada muka pek cek keluar. kira okay la. so hari ni aku bukak kedai, mungkin jaga dengan Aren anak bos sebab kak manager off pagi sebab pergi urus hal penting dia. aku cakap sama kak, tak nak la Ah boy, tapi nak Ah hui. senyum dia. tapi tak pela, tak pernah jaga sama anak bos, tengok la pattern dia macam mana, kuat meleter tak macam si budak aqua tu cakap.

kak manager: senyum la bos, dia tengok sale tinggi. (muka happy)

aku: yela, happy la dia. saya jugak yang tak happy-happy.

kak manager: (muka serius) hah, kenapa?

aku: yelah, bos sudah dapat sale tinggi sekit dekat TP, tapi saya masih belum nampak batang hidung darling. sudah 3 minggu lebih oh.

kak manager: hahaha (ketawa besar) kasian anak mama.

dan lagi semalam anak bos datang, interview orang nak kerja dekat TP kalau jadi, dia ganti aku al nanti, tengok la, dia boleh tak ngam dengan kak manager. haha. tau tak masa anak bos sampai sebenarnya kami tengah meeting pasal ah hui dengan dia la. siapa kawan-kawan ah hui, macam-macam la, sebab aku terlepas cakap ah hui nak berhenti kat kak manager. rasa bersalah pulak aku, orang bagi rahsia pi jadi mulut tempayan cakap dengan orang. tapi, kak manager ni aku percaya la dia boleh simpan tak tanya-tanya ah hui, tak kasi tau bos dulu, entah sebab dengan kak ni aku rasa macam mama boleh kongsi semua je. ekeke. jadi, masa anak bos sampai tu elok-elok je aku tengah sebut-sebut nama dia, nasib dia tak dengar kut? haha. sampai je mamat tu, kak manager terus tanya, "ah hui jaga mana?" haha tak boleh blah. nak ketawa aku, tiba-tiba dia sampai terus tanya pasal orang lain yang tak masuk dalam cerita.
Kak manager: eh saya lupa nak cakap sama ah boy suruh ah hui datang sini, dia ada pinjam amoi punya wang. suruh pulang.

aku: haha. nanti ah hui cakap, "hah? ada meh?" nak jawab apa?


kak manager: jawab la, "ada leh. you lupa meh?"

aku: haha, macam tu baik cakap ah hui ada curi barang dekat sini, suruh pulang. dia curi hati amoi. wakakaka.


eh, ok la. aku dah lambat, konon quick update. dala arini bukak kedai. saje je kalau lewat-lewat kedai kena tangkap gambar, mati aku kena potong gaji kang.

bye bye!

Labels:

3 comments
sakit kepala la macam ni.
Written at Tuesday, July 26, 2011 | back to top




hai hai.

aku macam da pening ibu suruh mintak balik awal pukul 9.30 pm esok. konon nak makan besar before puasa. alah 1 jam je pun malas la aku nak mintak-mintaknya. macam la tak boleh pergi kul 10.30 pm. karang belum habis cakap telinga dah kena korek dulu dengan tauke. malas la nak dengar tauke bebel-bebel ni. contoh macam, "hidayah, you mau balik awal ke? aiya amoi satu jam saja. suruh you papa tunggu sekejap la tak boleh ke?" dan lagi kalau nak mintak dengan bos, lagi la aku tak berani. bos datang tengok sale sikit, muka terus hilang mood siap cakap "wa kalau tak ada hujung minggu banyak susah." kau berani ke nak mintak macam-macam itu ini dengan dia?

kalau ada yang berani, lama dah akak manager balik awal tadi, macam selalu tiap hari selasa. lama dah aku boleh jumpa ah hui. ni tak, da 3 minggu dia tak balik awal tiap hari selasa sebab takut nak mintak macam-macam. sudah la sale tak seberapa, pulak lagi mau macam-macam. dah ni tadi ibu call time tengah kira money suruh mintak balik awal, aku jawab pun macam nak cepat, nak tak nak, sampai-sampai rumah tengok muka masam-masam pun pening jugak aku. susah la macam ni, aku penat-penat balik kerja, customer okay, rumah pulak nak kasi orang sakit kepala. aku bukan lama pun lagi, dah nak berhenti pun. malas la nak itu-ininya.

dah la, senang cerita cakap je la esok bos tak datang. cakap ah hui yang hantar barang. tauke balik singapore ke, pergi kl ke, jadi malas nak call ganggu tauke. lantak ah. cakap jela camtu. habis cerita.



ini kedai aku kerja. separuh bahagian la. lagi separuh tak masuk.


Labels:

4 comments
akak manager ni macam mama lah. =D
Written at Sunday, July 24, 2011 | back to top

Again, Hello Sunday!

Lama tak guna saya. eceh. eh sedar-sedar dah hari ahad. selalu macam tu. okaylah straight to the point. Macam biasa sekarang kerjakan, so cerita pasal kerja je lah. eh, kau orang tau, saya makin sukalah dengan kerja ni, dah lebih sebulan, tiba-tiba rasa seronok pulak kerja dekat kedai baju tu. Dah tak kekok, dah tak takut dengan customer, kalau dulu customer tanya jawab dengan kepala, pakai angguk geleng, sekarang dah pandai klentong or kenakan balik customer kalau yang banyak songeh sangat. Dah tak dup dap dup dap bila bos datang, dah geng-geng dengan kak manager serupa mama sendiri, dah boleh borak-borak dengan orang kedai beg depan, lagi manager kedai urut, bangla-bangla (okay ini tak boleh blah), dah tak fikir nak balik awal je, dah kenal jenis-jenis baju, seluar, tuala, sapu tangan, beg siap dengan harga, senang cerita dah cekapla kerja dekat situ, tapi sayang tak lama je lagi dah nak berhenti. lebih kurang 2 minggu je lagi kerja situ, lepas tu aku pun bye bye semua. tiba-tiba pulak rasa sayang nak berhenti.

Eh nak tau, aku macam tak sangka kak manager sayang jugak dekat aku sebenarnya. haha. kisahnya macam ni, ingat tak budak cina yang dulu kerja dekat giant lepas tu berhenti sebab tak tahan tu? yang ah hui ajar aku nama budak tu aqua, lepas akak manager balik baru aku tau aqua tu bukan nama orang, tapi pondan, cakap cina. gelak-gelak aku bila tau maksud sebenar aqua tu. nasib baik la ada pondan thailand kerja depan kedai aku, kalau tak, sampai sekarang aku tak tau aqua tu maksud dia pondan. Mungkin budak cina tu, gaya kepoh-kepoh, cam pompuan, so dekat giant orang gelar dia aqua. entah, haha. okay, budak cina tu memang hari-hari datang kedai aku bercerita, pinjam handphone, mengadu nasib bagai dekat aku yang membuatkan akak manager menyampah dekat budak tu. aku pun agak rimas jugak sebenarnya. sekali itu hari masa bos ada budak tu nak masuk tapi tak jadi bila nampak bos. Kak manager cakap la sama bos budak tu selalu datang cari ini amoi, pastu bos katalah toksah layan sebab budak tu ada seow sikit. esok lusa tak datang budak tu. rupanya dah kerja dekat tebrau. lepas tu kelmarin dia datang lagi sibuk cerita pasal water filter yang dia jual. aku cuma angguk-angguk je la.

Kak manager: apa dia mau? tak kerja ke dia?

aku: cuti. dia cerita pasal mesin tapis air yang dia jual tu la.

kak manager: itu je?

aku: haah.

kak manager: tak pela kalau itu aje, saya takut kalau-kalau dia tipu duit you ke, mana tau? itu budak macam kena candu ke apa, macam ada seow sikit, saya kena tengok-tengok. takut-takut dia cakap "saya tak ada duit mau makan, boleh tolong bagi pinjam RM 20 tak?" saya kena cegah tu.

aku: eh tak adala kak. ketawa

kak manager: eh saya cakap betul. you ni baik sangat. dia tipu you ke apa nanti macam mana. lepas ni dia datang mau pinjam telefon, cakap aja tak ada.

aku: saya ni susah la kak. dah biasa cakap-cakap, dah macam kawan, tak kan saya nak halau keluar, tipu-tipu. saya pun malas jugak nak layan sebenarnya.

kak manager: yalah, itu budak macam ada tak betul sikit, nanti lama-lama you layan jatuh cinta nanti, susah pulak.

aku: ketawa. dalam hati: jauh betul akak ni fikir.

kak manager: nanti you tinggal ah hui. kesian pulak saya sama ah hui.

aku: ketawa makin kuat. akak ni, tak adalah. ah hui, ah hui la. saya tak tinggal punya. budak tu menag satu je dengan ah hui. dia sama-sama 21 dengan saya. lain semua ah hui menang. ah hui baik, rajin, tak banyak cakap, hensem sikit dari dia. (ketawa)

kak manager: (ketawa) ah hui bagus lagi ah.

lepas tu petang sikit, aku tanya-tanya la pasal bos kedai cd depan kedai aku ni pulak.

aku: kak, bos cd tu hensem la. umur dia berapa eh, 40 ada?

kak manager: saya agak ada la kurang lebih 40-an. Tapi, ah hui ada hensem sikit. bos cd sudah tua leh.

aku: (ketawa) amboi kak. saya cakap sama budak aqua tu, akak sebut nama ah hui. saya cakap bos cd hensem, nama ah hui naik lagi. apasal bila tukang urut datang kacau saya nama ah hui tak keluar? sebab takut coklat tak sampai eh?


dekat sini ada manager kedai urut thailand selalu datang mengacau aku. ada satu hari tu dia seronok cerita pasal family dia, dia cakap aku perempuan lain dari yang lain, dia cakap ciri-ciri perempuan idaman dia, aku tak paham apa angguk je la, hmm kan jela. rupanya, kak manager bagi tau aku, sebelum tu tukang urut cakap dia suka dekat aku, nak kenal-kenal bagai, lepas tu kak manager pun seronok mengenakan tukang urut cakap aku pun suka dekat dia. aku dengar terus gelak-gelak keluar air mata, patut la cakap merapu sampai keluar family bagai, rupanya dia ingat aku suka dekat dia betul-betul. kak manager ni memang, suka benau guna nama aku. ceh. haha. dan lagi, kak manager asik cakap dekat tukang urut, "nurul nak coklat." sekarang aku dapat nickname coklat dekat tempat kerja. ceh paiseh.

aku: saya tak mau la dia panggil saya coklat, coklat dari jauh. nanti kalau masa tu dia jerit-jerit coklat, ngam-ngam ah hui ada macam mana?

kak manager: cilaka ini anak. dia sudah fikir ah hui. patut dia beriya tak mau coklat. saya pun pelik jugak. yala, betul juga. ngam-ngam dia dengar, nanti dia ingat you amoi suka kikis pulak. (sebab masa tu tukang urut kata kalau nak coklat, syarat dia akan panggil aku coklat, bukan nurul, jerit coklat-coklat dari jauh, lepas tu aku kena ikut dia masuk dalam tesco beli coklat)

aku: dah la suka hati je suruh saya ikut masuk dalam beli coklat. ingat saya apa? suka-suka ikut orang sana sini.

kak manager: yalah, you jangan risau la. saya ada sini ma. saya pun tak akan kasi punya. itu lelaki macam tu senang-senang saja mau bawa orang sana-sini. prang lawak-lawak saja. kalau kita betul nak makan, kita boleh beli sendiri guana duit sendiri, apa tak malu mau minta-minta? saya tak tau la kenapa, tapi dengan nurul saya sudah macam anak sendiri. jadi, saya mesti jaga you. mungkin kerna you mirip justin lebih lagi bila pakai tudung. Saya suami pun cakap you macam anak saya justin masa saya tunjuk gambar. yala, you macam dia, muka you, gaya, cara cakap manja-manja mirip justin.

memang pun, anak dia yang baru nak masuk menengah atas tu muka lebih kurang aku, tapi yang tak tahan tu gaya, cara cakap pun serupa jugak. wah patut la aku perasan jugak dia selalu treat aku macam mama treat anak dia. cakap baik-baik pasal aku, berbangga-bangga dengan aku, kadang-kadang macam terharu jugak. ecewah. haha.

anyhow, sekarang aku dah rasa seronok kerja dekat situ, tapi sayang nak berhenti pulak. dan lagi, menyesal jugak masa awal-awal kerja aku kurang suka dengan akak ni, sebab sudahnya aku sayang dia pulak. haha. tapi biasalah, kalau dah namanya nurul, dia memang tak pandai nak benci-benci orang sangat, nak tak suka-tak suka ni, sebab hujung-hujung nanti jadi sayang. haha.

p/s: cita-cita nak guna word saya gagal. haha.


Labels:

4 comments
entry random: terjah beg sendiri
Written at Tuesday, July 19, 2011 | back to top

 

Hello kawan blog yang tak berapa nak ramai tapi best! haha. start-start entry dah membodek tak boleh blah. ekekeke. oh ya baru selesai mengomen blog WZulhilmi secara pukal sebab everytime baca blog dia, mesti terlelap dulu sebelum nak komen mengata mengsegala. haha sorry meh. eh terlelap bukan sebab tak best tapi sebab aku memang penat balik kerja,  sebelum sempat tunggu laptop terbuka kadang aku dah tertidur dulu. dalam 4 blog yang must read dia yang rajin hapdate, jadi memang selalu tertidur masa tengah baca blog dia, or dah habis baca, tinggal nak comment tapi wifi lambat tak berapa nak kuat sampai bilik aku. haha

sebenarnya nak cerita pasal benda lain, tapi dah terlekat dekat twitter dah lambat pulak nak merapu sal benda lain. lagi pun kalau cerita pasal kerja memang tak ada benda lain selain aku akan menyebut Ah Hui sebab cuma dia je yang membuatkan hai-hari kerja aku sedikit fun. tak pun meroyan pasal customers menyakitkan hati atau akak manager yang sedikit cerewet tu tak pun si budak aqua yang selalu bagi aku pening atau paling-paling pening kepala kira stock bila sampai barang yang di issued oleh Aren si anak bos. dia suka buat aku kena kira stock 3-4 kali sebab suka nau salah hantar barang la, apa la, amoi banyak sangat ni agaknya. haha. Sekarang ah hui takde kerja pun no fun at all. ekeke tak tahan. eh ada sorang orang abang tesco hensem bersuara sedap (sore dia la yang bagi announcement kat tesco plentong tu selalu) tinggi dan rajin pergi solat (sebab ramai je tak solat kerja sini) *eh tiba-tiba cakap pasal abang hensem apesal?*

okay stop merapu tanpa arah tujuan.

hari ni nak cerita pasal apa yang ada dalam beg aku. macam best jugak buat entry blog macam ni. haha. selalu orang nak tengok beg retis je, mai tengok apa dalam beg aku yang aku angkut pergi kerja hari-hari. haha.

 

 

 

IMAG1848

ini dua biji beg yang aku angkut pergi kerja hari-hari

 

beg

  1. cd lagu-lagu super junior yang aku suka. ini aku bukak masa akak manager cuti minggu lepas. tak keluar-keluar dari beg sampai sekarang.
  2. duit.
  3. resit tesco.
  4. supplement.
  5. bedak powder.
  6. air masak.
  7. air masak jugak.
  8. roti. lunch aku slalu makan roti je sebab kerja sini dah 6 kali aku cirit birit muntah muntah. tak ke giler nama dia. siow.
  9. coco pie. *ehem Wzul ehem*
  10. IC.
  11. driving license.
  12. club card tesco.
  13. student card.
  14. atm cards. cimb&bsn.
  15. bracelets. ada je dalam beg dari dulu, aku jarang pakai. yang pink tu la yang ilang hari tu. yang satu lagi makcik aku kasi.
  16. kertas entah apa-apa ada slip exam bagai dalam beg sling tu.
  17. Tiger balm. beli ni pun sebab aku sakit perut la salah makan.
  18. eyeliner. dah lama benda ni wujud dalam beg tapi tak pernah pakai.

 

IMAG1845

inila gelang yang ilang ari tu. bajet ada hero tolong kutip. tapi tak kesampaian. ekeke. aku ni memang hobi tercicir gelang. itu hari gelang emas aku cicirkan. memang la cuai lagi kasar.

okaylah, aku nak tidur la dekat pukul 3 dah ni. memang confirm aku ni macam orang mabuk esok ni kang, kalah ah hui yang serupa orang mabuk masuk kerja ahad dua minggu lepas sebab keluar minum tea dengan member sampai pukul 2 pagi.

p/s: kerja 13 jam sehari berdiri boleh je tahan dah tak rasa apa, tapi kau bila balik kau duduk kejap nak berdiri semula memang la sakit tapak kaki, bangun pagi kejang semua. macam ni la hari-hari. dahla seram sejuk hari-hari aircond tesco serupa duduk dekat beijing taim musim sejuk. okay ini hiperbola. haha

Labels: , , ,

4 comments
Entry rojak: Amoi busy tak tengok dunia sedar-sedar dah hari ahad.
Written at Sunday, July 17, 2011 | back to top

 

Hello Sunday!


tedia kau. Punya la busy orang ni kerja, balik tidur, bangun kerja, balik tidur, sedar-sedar dah hari ahad balik. Eh Kau orang tau kan akak manager dah masuk kerja semula hari selasa? Maka dah habislah tempoh bermanja-manja bila nak keluar kedai time balik ada orang tolong tarikkan pintu, ada penghibur hati yang rajin buat cross dressing serupa menonton show kim hee chul pulak. haha. Lagi, member borak-borak perkara berbunyi remaja macam music etc etc semua dah tak ada. Aku rasa macam dah tak jumpa je lagi si budak Ah Hui tu. Dulu selalu dia datang hantar stock, sekarang, hari-hari bos yang hantar sebab aku rasa branch Giant tinggal dia dengan anak beranak bos je, maka kaki dia terantai dekat situ, kut? haha.


eh aku cerita tak yang gelang murahan aku hilang? Sedih satu hari aku gelang hilang. memang 49 days drama sungguh la sampai gelang pun nak hilang. Konon ada watak hero nak kutip gelang tu la. Sekali dah jumpa gelang semalam, bukan hero yang jumpa tapi makcik pelakon tambahan. haha.  akak manager jumpa gelang tu. sebenarnya, aku baru ingat nak kasi tau dia gelang aku hilang, kalau dia jumpa tolong simpankan, tapi terlupa.


oh satu lagi, Tauke baru tau kak yati lari dengan barang-barang. Dia ambil barang kasi cukup gaji 4 hari la. Kecoh kau satu hari. Sekarang akak manager selalu cakap aku lain dari yang lain, salah satunya sebab aku tak ada main lari-lari. haha. Dia tak tau sebenarnya aku pernah berniat nak lari pada hari ke-2 tapi tak jadi sebab teringat masa hari first dia sendir-sindir kata esok aku tak datang la, tak tahan la, lari la, eh sorry sikit. ini Nurul sekali kau cabar, dia buat betul-betul. masa tu terus niat aku akan kerja sampai dia rasa dia betul-betul perlukan aku, atau dia rasa kesal kalau aku berhenti.

Dan sekarang, aku dah rasa menang sebab aku dah dengar beberapa kali sejak dua minggu lepas dia cakap benda-benda macam, "pandai you buat, tapi sayang cuma kerja sekejap," atau macam, "kerja la sampai 15hb, okay jugak, berhenti awal pun duduk saja dekat rumah," haha. sorry la kak, duduk rumah lagi macam -macam saya boleh buat. cukup la 49 hari saya membesar dekat tesco tu nanti. dan lagi satu rasa nak lari masa give up kali kedua, tapi gagal sebab terkena pegang kunci, dan tiba-tiba life tesco ni jadi macam heaven sekejap untuk seminggu. Memang betul lah parody 49 days ni. haha.

Dan lagi, aku memang tak akan main lari-lari sebab nanti tak dapat gaji. haha. lagi pun aku yang susah sangat nak dapat kawan, susah nak mengaku classmates as kawan kalau tak betul-betul berkawan, dah ada at least sorang kawan dari company sama, jadi aku tak mau la buat benda-benda boleh kasi buruk nama aku.  

Ah Hui: You tau cakap cina meh?

Aku: tak tau pun.

Ah Hui: Tapi you pandai baca cina. (sebab aku mengshow-off kebolehan membaca tulisan yang sangat limited masa tumpang tengok paper yang dia beli)

Aku: oh, saya ada belajar sikit je.

Ah Hui: siapa ajar?

Aku: tak ada siapa ajar. sekolah punya.

Ah hui: oh you sekolah cina?

Aku: tak la. belajar kelas cina, sikit saja la saya tau.

Ah Hui: Apa lagi yang you tau.

Aku: (meng-show-off dengan rendah diri lagi sekali. haha)

Ah hui: betul-betul. lagi?

Aku: hmm, wo jiou Nurul.

Ah hui: oh, Nu..rul?

Aku: Hmm. (angguk)

Ah hui: lagi apa you tau? (muka impressed)

Aku: hmm, lagi ah? hmmm.. wo men... (blur fikir cari perkataan melayu untuk women, ingat perkataan inggeris je)

Ah hui: Pengyou! Women shi.. pengyou.

Aku: Ah, yes. Pengyou. women shi pengyou.

 

Pengyou okay. bukan nan pengyou. Chingu saja, bukan namja chingu. Okay tak boleh blah kau nurul fikir bukan-bukan time orang seikhlas hati kata kau kawan dia. ceh.

Dan sekarang, aku memang selalu jadi kawan yang jahat. Tak banyak la. sikit je. sekarang, apa-apa hal, akak manager komen, complain, aku guna nama ah hui. ah hui itu, ah hui ini. kalau aku guna nama mamat ni, benda yang tak kena dengan mata dia pun semua jadi betul. mungkin sebab ah hui pun orang lama macam dia. even lagi lama. dari marah-marah pasal apa beg mahal gantung kat bawah, aku cakap ah hui buat, dia terus kata, “tapi, pandai jugak dia gantung dekat sini. saya pernah fikir juga tapi takut customer usik-usik.” tak boleh blah betul. aku gelak je la dalam hati. memang sah akak ni mementingkan status senior-junior. orang macam ni kat jabatan kerajaan mesti akan di benci punya.

dan lagi satu, aku kalau bab congak mencongak, aku tak risau sangat sebab sangat konfiden tak akan salah congak. tapi aku ada satu masalah selalu salah baca harga. tensi ah. nanti kena marah sebab atas tuduhan mengira tak pakai kalkulator. tapi kesalahan sebenar, salah baca harga sebab cari price tag tak jumpa, main kira ikut harga tampal dekat tempat baju tu digantung jela. habis tak kan kau nak kira 22+12+5 pun pakai calculator? lambat, customer ramai lagi dekat cashier tu, lagi ayahanda aku sibuk call ingat kedai dah tutup sebab dah waktu balik. hadoi la akak. lain kali harga tu kasi jelas okay. dah asyik kena marah dengan customer pasal harga.

eh aku tau satu rahsia orang lain tak tau. Ah hui nak berhenti. okay itu aku cerita lain kali. dah lambat ni. bye bye!

 

^^

Labels:

2 comments
orang kata kalau kita happy terlebih siang hari, nanti malam menderita
Written at Sunday, July 10, 2011 | back to top

memang betul pun. eceh. semalam lah kena dekat aku. haha. kisahnya pagi-pagi buta pergi kerja ngantuk-ngantuk, masih mamun tak ada mood, pergi bukak pintu dengan longlai, disebabkan naik motor, aku yang selalu sampai awal ni tak adalah merayau dulu, terus bukak kedai sebab tak ada tempat nak letak helmet. lepas bukak pintu yang maha berat macam kalau perut kau kenyang lepas bukak lapar balik, lepas tu jantung kau berdegup laju macam baru lepas buat cardio exercise macam jumping rope 200 kali, pusing-pusing belakang tengok ada lelaki hensem tolong angkat besi berat pembahagi pintu kedai tu. aku macam blur kejap, otak tak berapa function pagi-pagi, rupanya si ah hui. (macam biasa kau orang akan dengan nama dia aja dekat sini selagi aku masih kerja dekat kedai tu, ehem cik kiheee).

aku macam, wah pagi-pagi dia dah masuk, selalu petang sikit lepas dia hantar stock kat branch lain. hensem lagi pagi-lagi ni, selalu rambut serabai je, hari ni smart bergel bagai, masuk-masuk terus belek cermin pergi betul rambut, tak boleh blah. aku pun apa lagi, sebab dia datang awal, aku pun macam orang jakun time pergi tapau makan, merayau-rayau masuk kedai sana-sini. first time kau tau, aku merayau-rayau time kedai-kedai bukak. selalu aku merayau masa kedai belum bukak (sebab sampai awal giler) or kedai semua dah tutup (waktu balik kerja).

makcik sepupu: ni apasal ni kat sini ni? merayau la tu? siapa jaga kedai?

aku: budak cina tu sampai awal.

makcik sepupu: wah suka dia ye mentang-mentang jaga dengan lelaki tak banyak hal sangat.

aku: yelah, nanti hari isnin kita tak dapat dah nak buat macam ni, nak main-main, kena jadi budak baik.

makcik sepupu: padan muka. lepas ni duduk lah kau dekat kedai macam dalam penjara bila akak tu balik.


lepas tu ingatkan, boleh la happy main-main sampai malam. sekali dalam pukul 6 ah hui kata dia kena pergi tempat lain, bye bye, nanti bos datang jaga. ambik kau jaga dengan bos, memang jadi anak tikus ah aku sampai ke malam. bos offer makan pun aku tak pergi. haha. dah la aku sakit perut semalam. kerja sana, baru 21 hari, dah 3 kali aku sakit perut tau tak. kotor agaknya orang sana masak. secara purata seminggu sekali aku sakit perut. benci betul. padahal makan roti tesco. semalam je makan makanan berat sakit perut.

ah hui: can i help you?

aku: saya salah makan la. sakit perut meh, muntah lagi.

ah hui: haha, you makan itu minyak sakit perut la.


memang pun, mee kungfu semalam dah la salah beli konfius dengan mee hongkong, sekali minyak banyak giler, makan beberapa suap, terus buang. bos offer pergi makan malam pulak, pura-pura kenyang, padahal lapar yang amat. ambik kau. kebulur sampai malam. sampai-sampai rumah, terus terjah periuk nasi serupa hantu kubur baru bangkit. haha.

tapi kira okay la lengchai tu datang awal semalam, sebab pagi-pagi buta baru nak bukak sale kedai aku dah kena fire dengan sorang pakcik ni. nasiblah masa tu si ah hui yang jaga cashier, kalau aku yang jaga, or time tu dia tak ada, mau aku nangis sorang-sorang kena tengking dengan pakcik panas baran tu.

pakcik banyak hal: ini apa beli barang murah sampai seratus lebih? kau salah kira ke apa? kau kira semula. apa kau ni nak menipu ke hah?

ah hui: ini betul saya kira. pakcik tengok ha saya kira. (keluar barang satu-satu dari plastic. aku yang tolong pegang barang-barang tu dah cuak, jangan la pakcik ni buat hal lagi teruk. siap kira memang betul la tak ada salah.)

pakcik: walao, ini apa kedai ni menipu je, kata barang itu Rm5 ini Rm5 bayar-bayar sampai seratus lebih. ini kalau rosak saya boleh tukar ke?

ah hui: boleh-boleh. tak ada hal punya.

pakcik banyak hal: aku nak resit. mana resit?

ah hui: (bagi resit)

pakcik banyak hal: walao, ini resit ini macam nama kedai pun tak ada macam mana kau niaga ni. eh kalau kedai runcit pun ada nama kedai la. ini nanti kalau aku mintsk tukar kau kata aku tipu pulak.

aku: tak apa pakcik, nanti pakcik datang, kalau ada apa-apa saya kenal pakcik. pakcik jangan risau.

pakcik banyak hal: kau kenal la aku, tapi ini kau jual barang tak bagus macam mana aku nak report dekat persatuan pengguna kedai kau tipu orang ni? resit pun label tak ada, nama kedai tak ada?

aku: (daripada mood takut bertukar jadi bengang. daripada senyum versi polite, bertukar jadi senyum menyampah.) sorrylah pakcik, nanti saya cakap dengan bos suruh tukar mesin senang sikit kalau ada apa-apa hal.

isteri pakcik: dah la, kesian budak ni. (dia dah spot agaknya aku yang lagi tadi baik je layan, pelan je suara, lembut je cakap, nada dah berubah, senyum dah berubah, terus tarik suami dia.)

aku: pakcik... biasalah tu, barang harga Rm5 memanglah tak berapa tahan.

pakcik banyak hal: tapi tak kan satu hari pakai dah rosak?

aku: tak adalah satu hari. tapi, biasalah BARANG MURAH, tahan la seminggu. kalau pakcik nak tahan setahun pakcik beli la yang harga RM50 sehelai. baru ada kualiti.

pakcik senyap keluar dengan malu agaknya. line akhir tu, ada la aku guna beberapa kali dekat customer cerewet, lepas kena sindir, senyap sekor-sekor, dari bongkar membongkar, bebel sana sini menyusahkan aku, terus keluar. bagus. aku suka. sebab aku tau, customer cerewet macam tu memang tak akan beli punya. duit pun tak ada agaknya. kerja menyusahkan orang je. ingat aku tak sekolah agaknya. tapi kes pakcik ni, perangai panas baran macam tu aku takut jugak. dah la kat belakang kedai, time aku tengah serve isteri dia, dia boleh datang lepas tu gaduh dengan isteri dia pasal harga, mahal la, itu la, ini la, masa tu aku duduk tengah-tengah antara isteri dia dengan dia. aku macam anak tengok mak ayah gaduh. kejap tengok muka makcik tu, kejap tengok muka pakcik tu. dasar tak tau malu punya pakcik. kat tengah-tengah kedai depan orang kau boleh gaduh. tahun depan, kalau kita jumpa kat hospital, insyaallah saya tegur pakcik, ye pakcik. haihhh.

lagi satu customer yang suka menyusahkan aku secara regular setiap hari, india ke pakistan ke entah, tapi bukan orang malaysia la, kerja kedai mamak dekat tingkat bawah. hari-hari, pagi-pagi mesti masuk kedai aku tanya barang itu-ini, bongkar sana-sini, mintak diskaun sudahnya tak beli. eh ni kedai harga tetap, nak diskaun pergi pasar malam yang kononnya lagi bagus, lagi murah tu. Ada satu hari tu, aku termengamuk dekat customer ni depan Ah Hui. Ah Hui tanya, "kenapa?" aku geleng jela. sekali semalam, ah hui balik beli air, dia membebel-bebel sebab beli milo ais kena charge dengan india tu RM2, lepas tu manis giler tak sedap. aku gelak-gelak jela. first time tengok lengchai pendiam senyum je membebel-bebel. kelakar pulak.

ah hui: you pernah beli dekat mamak?

aku: tak. akak kata tak sedap. mahal lagi.

ah hui: yala, gila ini air RM 2, manis lagi. tengok ah, nanti dia datang mintak diskaun saya jual sama dia, yang 3 Rm 10, saya jual 3 Rm 20.

aku: (ketawa) oh, itu india yang saya marah semalam ke?

ah hui: yala. yang pakai baju purple tu. yang selalu minta diskaun.

aku: oh dengan you pun dia ada datang?

ah hui: adala. mintak itu murah, ini murah.

aku: sebab tu la semalam saya marah dengan dia. tak tahan la, hari-hari pagi pagi, saya baru lepas kemas dia bukak sana sini mintak diskaun, saya cakap tak boleh, dia mintak lagi, mintak lagi, mana saya tak marah.

ah hui: (sengih) tak boleh. rm 29. tak boleh. rm 29. (mengajuk gaya aku marah.)

lagi satu perangai bodoh customer. ini masa aku jaga dengan akak manager. ada sorang india ni. dekat luar dia tengok aku dari atas ke bawah. aku, kalau ada orang macam ni, memang aku terus lari masuk dalam. kemas kat dalam. tiba-tiba dia datang dekat aku, mintak tolong cari saiz seluar slack poket-poket tu untuk dia. aku tengok cari-cari, dia sibuk tengok muka aku, tengok atas bawah, tangan pegang-pengang dia punya kemaluan. bodoh la orang ni. aku memang terus hentak-hentak seluar tu, cakap pun bunyi nak mengamuk. seluar tu semua dalam plastik, bila hentak-hentak, campak-campak, bunyi bisingla, sampai akak manager toleh, aku behave la balik. tapi, siapa tahan kena gangguan seksual dengan customer bodoh macam tu. dia bukan beli pun, tak ada saiz la, apa la, macam-macam. bodoh betul.

eh okay la. aku dah lambat ni. bye bye!

Labels:

4 comments
bila fan girl jaga kedai sorang-sorang | eh kau memang tau super junior eh? tohoshinki kau tau tak??
Written at Saturday, July 9, 2011 | back to top

short update.

disebabkan anda semua tak nampak saya membebel-bebel melepaskan stress kat blog sendiri dengan twitter maknanya, hidup saya aman dua tiga hari ni dengan ketiadaan akak manager. ohhhhhh heaven giler! rasa bebas. aku nak susun macam mana, nak buat apa, relax je. tak ada peraturan skema, tak ada step nak kena ikut. haha. well anyway, aku tak adalah curi tulang okay! aku kerja je elok-elok. sapu mop pasang price tag kemas stok, almost the same macam hari-hari biasa masa akak manager ada.

Cuma aku rasa relax sikit je, sebab whenever dia ada, aku kena control sikit tingkah laku konon-konon gadis ayu lemah lembut, supaya dia nampak aku macam perempuan baik, matang dah besar, dah tak budak-budak berjiwa remaja jadi dia tak payah nak takut aku usik barang sana sini macam budak-budak kecik, remaja-remaja selalu buat. homaigad, kau tau betapa siksanya itu bila ada someone tengok kau macam polis serupa apa. tensi tau tak, tensi. So sekarang dia tak ada balik kampung seminggu, aku buat kerja relax je dengan ah hui tak ada nak takut-takut. bebas. haha.

lagi, aku boleh bukak favorite songs aku suka-suka hati!


itu headline untuk hari ini.


semalam aku main capai cd yang ada kat bilik, tak sempat nak belek sebab dah lambat, maka tercapai koleksi favorite super junior aku. Nasib baik tercapai super junior, kalau tercapai lagu raya, tak ke naya. haha. So that, semalam kedai bertukar jadi kedai korea kejap. lagi sedap Seoul song pun ada. Aku rasa nak gelak bila dengar lagu tu terpasang dekat kedai sendiri. Bunyi macam tak ada unsur 1 Malaysia langsung sebab promosi pelancongan korea kat kedai sendiri. Nasib ah cusromer tak paham. aku je tau. nasib baik masa burn cd tu lagu victory korea world cup punya aku tak letak. keke.

semalam, sampai-sampai je Ah hui dalam pukul 1 lebih, aku terus lari-lari pergi toilet. balik toilet lagu tengah pusing lagu duet top bias saya, Just like now-Ryeowook, Donghae (it's okay daddy daughter ost)

Ah hui: ini lagu apa?

aku: hmm? (blur tak tak tau nak jawab tajuk ke, penyanyi ke, apa ke)

Ah hui: ini lagu melayu ke?

aku: (geleng. control gelak. kau ni macam mana bahasa macam tu boleh jadi bahasa melayu?) hmm, lagu korean.

Ah hui: oh, apa? korea?

aku: hmm, saya suka dengar lagu korean, mandarin, japanese.

ah hui: oh! ini orang banyak handsome oh! (muka excited)

aku: (ketawa dan terus ketawa. amek kau kena batang hidung sendiri. bukan sebab hensem eh aku dengar. haha) oh, eh?

ah hui: betul meh, you ada tengok MV?

aku: (angguk ketawa masih tak habis)

ah hui: hensem meh dia orang.


aku memang tak boleh tahan gelak. Aku rasa kau patut tau yang aku ni fan girl. kau belum tegok segala koleksi dvd, lagu, MV etc etc aku, dan kau tak tau apa motif sebenar aku kerja ni sebenarnya. kehkeh. aku terfikir mana mamat ni tau artis korea ni hensem. tiba-tiba teringat dia pernah kata dekat aku dia kerja kedai cd dulu. mungkin dekat situ kut.

sekali dengar lagu KRY-One Love dia tanya aku "you faham ke apa dia cakap?" Aku cakap jela "dulu ada tengok translation." mamat ni siap tau nyanyi lagu perfection, super girl, aku dah mula confius, dia memang tau ke super junior that's why dia cakap, "ini orang semua hensem." atau dia dengar sekali terus boleh tangkap (sebab bahasa sendiri) and terus boleh ikut. aku nak tanya, "you kenal ke super junior?" tapi soalan tertukar jadi, " ini lagu mandarin, you faham ke apa dia cakap? saya dengar je hari-hari tapi tak faham." aku pun soalan tak logik. haha.

okaylah! bye bye! counting days nak berhenti tak sabar! lepas je esok, tinggal lagi 3 hari ahad kena lalu. yes!

pergi kerja time! bye bye!!


Labels:

4 comments
misi nak mencabut gagal. adeh
Written at Tuesday, July 5, 2011 | back to top


aku mood tengah tak baik ni nak marah aje. ni sebab customer ce**** (kang kalau aku menyumpah betul-betul kang habis ternoda kesucian blog aku) dari awal dah ada depan kedai tak nak beli kasut, orang dah tarik pintu semua tinggal nak kunci boleh pulak dia tahan nak beli-beli kasut. cerewet pulak tu. tak pasal balik lambat. aku dala naik motor hari ni. kalau ayah yang fetch aku tahan la lagi. sampai menangis aku serve dia orang. nampak agaknya air mata aku menitik. bodoh punya orang. hambek kau. duduk kedai tu, dari tak berapa nak pandai curse orang, terus jadi habit cursing-meng-cursing ni. tiap kali balik kerja kena solat taubat. akak manager nampak aku nangis masa kira duit, terus tanya kenapa aku nangis, macam biasala aku, kau ingat nak cakap ke kalau orang tanya. last-last, akak tu tanya, "you marah akak ke ni?" haha. amek kau.

tadi ada orang tak faham cerita. mari saya cerita sikit ya cik kiheeee

nama suspek: nurul

jawatan: sales assistant kedai baju dan barangan murah.

job description:

  1. susun lipat seluar baju macam kat UO ke hape-hape padahal bukan baju kiko ke hape segala.
  2. menerangkan kepada customer pasal tanda papan harga yang misleading.
  3. menahan telinga melayan maki customer tentang tanda harga.
  4. melayan customer yang 8/10 menyakitkan hati.
  5. senyum.
  6. bukak pintu, tutup pintu, susun rak, menyapu, mop, packing, pasang price tag, susun barang.
  7. cashier
  8. kira, semak stok, ambil stok bila orang antar stok
  9. mengganti orang dekat cawangan lain (ini satu-satu aku tak kena lagi. aku harap memang tak akan kena)
  10. kerja baru: pegang kunci kedai.
  11. memberi pendapat kat customer pasal saiz pinggang seluar, panties, underwear. (masing-masing bodoh, kau yang nak pakai panties tu kau tanya aku kau muat tak. bodoh)
  12. etc etc etc

kekuatan:

  1. fast learner.
  2. boleh masuk dengan akak manager cerewet.
  3. boleh layan customer tak pandai cakap melayu, constantly speaking english macam cina-cina singapore.
  4. cepat adapt dengan keadaan.

kelemahan:

  1. kuat menangis.
  2. cepat kesian.
  3. tak peramah, tak pandai nak promote itu ini.
  4. kadang-kadang lupa harga barang.


dan sekarang, misi aku nak cabut dah gagal. kenapa? sebab menda alah ni.


kunci!

akak manager ni balik kampung seminggu, bos suruh bagi kunci dekat aku, jadi tak kan aku nak cabut dengan kunci. kang jadi hal polis pulak. tak kisah la. kerja jela. bukan berat sangat pun kalau weekdays. weekend jela tension banyak. lagi pun dapat gaji tu okay. dia kira OT aku betul-betul. so, kalau bos yang jaga duit gaji pekerja ni, aku on je selagi dia tak ada hal dengan aku. dan lagi, aku dah bagi tau aku nak resign 5hb ogos, tak jadi nak kenakan tauke blah macam tu je. sebab aku tengok, kak yati tu kena campak-campak sebab ada orang tak bertanggungjawab, berhenti kerja cabut macam tu je, lepas tu ada pekerja lain yang main ponteng-ponteng suka hati (kak ros dari giant jugak. semalam datang kedai aku, tengah-tengah dia mengadu nasib, dan-dan time tu tauke soh datang nak bagi gaji, sedap kau kena dengan tauke. tapi tak adala bunyi garang mana pun. serupa bunyi aku membebel je) so, kalau aku main cabut, gaji 5 hari tak dapat, lepas tu menyusahkan orang lain. so, aku fikir kalau buat jahat dengan orang, kita kena balik esok-esok. aku selalu percaya dengan karma ni.

p/s: lagi sekali aku tertido sebelum sempat publish entry. lepas bagi ibu duit gaji yang nak bagi kat ibu, ayah bising sebab balik lambat. aku pun merajuk ah terus blah tak makan terus. jadinya, memang aku tak makan langsung. kat kedai pun choco pai dua biji je. layan customer bodoh perut lapar terus kenyang. balik-balik ayah pulak bising-bising ingat aku suka-suka ke balik lewat tak tutup kedai. cakap, mungkin senang ah tak kena dekat sendiri. terus merajuk aku. amek kau kebulur sampai pagi.





Labels:

4 comments
gaji gaji gaji
Written at Monday, July 4, 2011 | back to top



note: entry ni di tulis pukul 11.30 malam tadi. tapi sementara connect dengan internet, si tuan punya blog dah terlelap atas laptop. kalau kau orang nampak dia tulis "okayla. annyong! nak shower" itu cuma angan-angan mat jenin saja sebab dia dah terlelap dulu sebelum sempat pergi mandi. bangun-bangun 2 minit lagi pukul 6 pagi. hampeh selalu macam tu. sekian.



hello!

tak sabar nak tunggu hari selasa sebab jaga dengan ah hui hari gaji. haha, akak kerja full esok tak ada ah hui, haha. eh sebut ah hui eh, tadi pukul 6 akak manager suruh turun bawah dia kata anak bos datang hantar barang suruh amoi pergi ambil. aku la amoi nya tu. sekali turun, tunggu punya tunggu sampai 6.30 tak sampai-sampai. siow betul. sampai abang tolak troli tesco tegur, "hai dik tunggu abang tak sampai-sampai ke?" aku pun seronok jawab "tak la tunggu anak tauke ambil stok tak sampai-sampai, accident tengah jalan agaknya." berubah terus muka ababg tolak troli tu. memang seronok aku menyumpah, ini orang mati ke apa tak sampai-sampai, yelah tesco dengan Giant plentong dekat je jalan kaki pun sampai. dah la aku meman tak ada mood nak kerja hari ni. lagi apa tunggu orang besar setengah jam tak sampai-sampai. sekali hilux bos masuk parking, tengok-tengok ah hui yang hantar. cis, akak manager tipu.

ah hui: sudah lama you tunggu?

aku: hmm. (angguk)

ah hui: sori la tadi dekat Giant tak ada orang jaga, amoi sana pergi makan.

aku: hmm, tak apa tak apa. (dalam hati: nasib baik kau tak mati tengah jalan sebab kena sumpah dengan aku)


ah hui blah je akak tu terus kata,

akak manager: lama you tunggu ah? dua kali dia telefon nak suruh you naik kedai dulu, tapi saya tak ada nombor you.

aku: hmm, akak kata anak bos. nasib baik dia tak mati tengah jalan kena sumpah sama saya ini orang tak sampai-sampai.

akak manager: (ketawa) saja mau bagi you kejutan. apa you cakap, nasib baik tak mati, darling sendiri. okay ma lambat pun sudah jumpa.


okay apa bendanya. aku memang tak expect lengchai tu yang datang. merah muka aku sebab aku rasa macam nak sembunyi dalam tong sampah. sebab, akak tu, aku memang dah agak dah, dia pergi cakap sama lengchai tu ada amoi pekerja suka sama dia. dah amoi kerja dengan akak tu, aku sorang je. sabau jelah. kalau akak tak cakap apa-apa kat dia aku mungkin tak ada rasa segan ke apa. haih.


okay iklan tamat. sambung cerita gaji.


walaupun gaji tak penuh bulan lepas tapi tetap hari yang ditunggu-tunggu. aku nak tengok macam mana bos kira overtime aku. dah la kerja 13 jam tak ada cuti giler ah melanggar akta buruh. memanglah ada cuti dua kali sebulan tapi kau ingat cukup dengan kerja 13 jam sehari? lepas tu nak mintak cuti sehari macam nak mintak duit sejuta susah benau nak dapat. pergi mati ah kau bos kalau kau bayar gaji aku main-main aku punya OT tu memang aku blah. dah lah memang pekerja kau dah blah 3 orang dekat giant tu. pastu kalau kat tesco pun cabut, tau ah nasib kau. padan muka.

ohh, kau tau semalam ada sorang lengchai datang sama dengan kak yati akak baru tu. rupanya mamat tu yang kerja cawangan giant, dia masuk sekali dengan aku, cuma aku tesco, dia giant. dia la budak yang cabut tu, ambik kau tak tunggu-tunggu hari gaji. tak tahan terus ciao. Sekarang dia kerja dekat temptation, branch tesco sini kedai kawasan bawah jual barang perempuan macam hair pin etc etc. tadi borak-borak kutuk bos, dia siap ajak aku berhenti, kerja kat kedai dia tu ada kosong lagi. tapi sayang kedai tu tak boleh pakai tudung. hah, yang ini baru lengchai betul kalah anak bos, ah hui segala tu. lepas tu peramah lagi. pagi tadi pun jumpa lagi dengan dia. datang-datang terus kutuk tauke kedai aku ni lah. kebetulan pulak kena kak yati mintak mc sakit tak dapat, dia cerita kat cina tu, memanglah berapi-api cina tu. haha.

lengchai: saya kerja 7 hari cuti ada gaji oh. itu kedai mana ada? cuti sakit pun tak boleh ka?

aku: eh you jaga itu kedai berapa orang? you sorang?

lengchai: 4 orang la jaga. satu orang? mau mati ka? siow macam itu tauke soh. sana bos baik sayang pekerja. ini kedai (tunjuk kedai aku) siow, bagi susah orang, mau untung bagi senang sama anak dia saja.

aku: macam mana kalau you mintak gaji you dia tak mau bagi?

lengchai: siow ah itu orang, dia christian saya christian. patut dia christian kena baik oh. tapi, ini orang tak boleh pakai. tengok la saya doa dia lingkup. ini cina Singapore bagi mati orang melayu sama orang susah macam saya loh.


dia duk cakap cakap pasal christian, aku pikir kuat betul agama mamat ni. tiba-tiba teringat siwon pulak. eheh. oh ya, kalau budak cina ni lalu-lalu depan kedai aku, aku seronok borak dengan dia, akak manager macam tak berapa suka. Yelah, budak tu cabut, kutuk-kutuk bos, akak manager pro bos 200%, kau kalau terkutuk sikit, macam pasal tanda harga yang misleading tu pun, kau kena marah balik oh dengan dia. hai la akak, bosan betul. yang kena maki dengan customer bukan bos, tapi aku. siow punya orang.

sebenarnya, aku pun dah buat keputusan nak blah je lepas dapat gaji esok. tapi tengoklah esok. kalau aku update kata aku tak ciao, maknanya kekal ah sampai bulan 8. aku ni berat hati nak kerja sebab jumaat, sabtu ahad ni dia orang balik kampung. habis, aku tinggal sorang ah? adeh. hari ni satu hari tak ada mood nak kerja. kena pulak kak yati member borak kena campak lagi, kali ni kat carefour. sengsorang je la aku. tengok ah esok macam mana. entah ah. tapi tension ah kerja tak ada cuti ni.

okaylah. penat nak shower. annyong!


Labels:

3 comments
bangla hidung mancung ke, apa ke, saya tak nak, kalau lengchai mata sepet-sepet sikit saya tak kisah.
Written at Saturday, July 2, 2011 | back to top

Assalamualaikum.

Giler penat kerja hari-hari balik dekat pukul 12 memang nampak katil terus selamat pengsan, bangun-bangun esok terus siap pergi kerja. Jadi selalu keterlupaan tentang kewujudan blog. Baca blog orang pun, tak sempat click butang komen dah tertidur atas laptop. selalu bermasalah begitu. kadang-kadang dah bukak blog orang tak sempat baca dah terlelap dulu. memang penat la kerja guna tenaga tapi gaji tak seberapa ni. ingat ye adik-adik ilmu itu penting. penat tapi gaji banyak masa kita dihargai tak apa adik-adik. Belajar sungguh-sungguh. eceh panjang pulak mukadimah. Nanti I cerita pasal ilmu ni dekat entry lain ya.

Okay, apa cerita kena mengena dengan tajuk kat atas? haha, macam ni,



Kelmarin:


akak manager: kalau tuhan sudah tulis jodoh itu sama bangla ka, pakistan ka, cina ka, apa boleh kita buat. betulkan? (ketawa)

aku: Bangla saya tak mau, cina saya tak kisah.

akak manager: you mau cina ka?

aku: yalah. akak kasi kenal saya satu. Ah hui lah. ah hui. (ketawa)

akak: anak tauke itu ah boy you tak mau ka? dia lagi hensem meh. you kenal tak?

aku: (geleng)

akak baru: haah, anak tauke hensem sikit. kurus je orangnya. dia yang hantar barang semalam.



Perbualan terhenti sebab customer melayu berambut kalah rambut barbie bersama suaminya mat salih. dah habis dia bongkar semua seluar baju, dia pun blah. ingat aku mesin lipat baju seluar ke hah?


akak baru: Dekat manalah dia jumpa suami dia tu agaknya ye?

akak manager: yalah, tapi muka anak dia tak ada sama macam itu orang putih pun. Eh nurul, you mau ka kawin sama orang putih?

aku: tak nak. saya mau yang mata sepet-sepet sikit, kulit cerah-cerah sikit. (dalam hati merefer kepada lelaki korea seperti kim jaejoong, lee donghae mahupun kim ryeowook)

akak manager: (ketawa) aiya, saya rasa betul la yati, dia ini sudah cinta sama itu Ah hui lah.

aku: mana ada. saya main-main jelah. (ketawa)

akak manager: ini malam anak bos hantar barang you tengoklah dia hensem ka tidak.


masa kunci pintu nak balik.

akak manager: macam mana? hensem tak anak bos?

aku: hmm, hensem. tapi, Ah hui menang lagi.

akak manager: (ketawa besar) aiya cilaka ini anak. hahaha. Ah hui menang ah?

semalam:


aku ingat cerita Ah Hui dah habis dah boleh tutup buku.

scene: pasang price tag dekat baju.


Akak manager: Ah hui datang petang ni hantar barang.

Aku: yaka?

Akak manager: tengok itu yati, sebut Ah hui ha, mata dia terus tegak, tadi layu-layu saja, saya rasa ini anak memang betul sudah cinta sama Ah hui. Hari tu dia jaga kedai dua orang saya rasa dia ada cakap-cakap apa agaknya.

Akak baru: Oh dia orang dua orang je ke?

Akak manager: Yalah, dua orang. buat apa agaknya.

aku: akak! mana ada buat apa, saya buat kerja saya, dia buat kerja dia la.

akak manager: yaka? jangan-jangan, you curi tengok dia, dia curi tengok you. eh dia baik sama saya tau. nanti saya bagi tau dia, amoi kerja sama kakak suka sama you.

aku: janganlah. mana ada. cakap dengan dia pun tak. saya kan pendiam.

akak manager: (ketawa besar) you pendiam ah? baru-baru saja diam lah.


scene: malam. sambil susun barang. akak baru kena jaga kedai dekat giant. tinggal dua orang dengan manager.

akak manager: Ah hui datang hantar barang ini malam.

aku: hah? (berkerut)

akak manager: (ketawa besar. lagi) tengok tu, sebut saja ah hui terus tegak. mau nombor dia ka? nanti malam you sms la.

aku: aiya! (ketawa) mana ada! tak mau lah saya.

akak manager: tak payah segan-segan. malu sikit-sikit saja.

aku: tak mau lah. dia sudah ada amoi. mana dia mau sama saya.

akak manager: mana ada dia belum ada amoi. masih jawatan kosong. you kenal-kenal la sama dia.

aku: tak mau lah, dia budak lagi. baru 18 tahun. saya sudah tua leh. sudah 21. mana dia mau.

akak manager: kalau sudah suka umur tak kira meh. cina biasa leh, umur 40 lebih kawin sama awal 20-an. kalau you suka sama dia, mana tau dia suka sama you. hati selalu macam itu meh.

aku: (ketawa) akak ni cakap pasal bos sama tauke Soh eh?

akak manager: shhh. itu satu contoh la. banyak lagi. nanti bila you jaga sama ah hui you tanya la dia kenapa tauke Soh banyak muda sudah ada anak besar. tapi you jangan cakap-cakap. diam-diam saja. nanti Ah ling dengar dia marah.

okay. aku dah cakap-cakap dah. cakap dalam blog. eh, tapi serius, tauke aku muda lagi oh. ada la dalam 26-27 paling-paling 28 agaknya. cun lagi. bos dah 40 lebih tapi hensem lagi oh. Patut anak pun hensem. oh ya, Ah Ling tu pekerja lama dekat Giant mungkin. cukup pasal bos.


Hari ni:

ramai orang. Fenomena hujung minggu biasalah. Dalam hati berfikir, "bagus selamat aku tak kena bahan hari ni."

scene: susun selipar stok baru dekat rak bersama akak baru. pukul 2 lebih kut. Ah Hui datang hantar barang. mati aku kena bahan lagi karang.

tiba-tiba,

Ah Hui: You ikut saya turun sekejap. Ada barang saya terlupa.

Aku: Saya? (berkerut pelik)

Ah Hui: Ya.

Akak Baru: Saya?

Ah Hui: Tak payah.

balik kedai semula. Bagi resit dekat akak manager. (dalam hati: mati aku kena bahan kejap lagi)

Akak manager: Oh you pergi mana dua orang sama Ah Hui ah? Dia ada cakap apa dengan you?

Aku: Tak ada apalah. dia suruh saya bagi akak resit ni. Saya ingat ada barang lagi dekat bawah. tapi cuma resit ini je.

Akak Manager: oh dia bagi surat cinta ah?

aku: hmm, yalah. surat cinta.

akak manager: Yati kenapa macam tak larat happy saja? sakit ka?

aku: haah, akak nampak pucat.

Akak baru: sakit kepala dari semalam.

aku: habis saya nampak happy tak. (dalam hati: tak berapa happy sebab customer ramai hampir semua berperangai pelik mintak penampar laju-laju ditambah pulak stok barang sampai jenuh mengemas)

Akak manager: you happylah sudah jumpa sama Ah Hui. Eh you mimpi apa semalam leh, boleh jumpa pulak hari ni?

Aku: tak ada mimpi apa. akak, saya pergi toilet kejap.

apa pasal boleh timbul cerita pasal ah hui. oh lupa nak cakap. ah hui ni budak yang pendiam, suka belek cermin main rambut, yang jaga dengan aku lepas tu tutup kedai awal minggu lepas tu. alah lengchai hari tu yang pasang lagu best. pasalnya aku secara tak sengaja terbagi contoh nama dia sebab nak elak daripada kena pasang-pasang dengan bangla jual waffer kedai depan tu. akak manager ni suka betul guna nama aku dekat bangla tu.

sekejap kang, "itu amoi kedai akak mau kaya ball boleh bagi murah ka?" sekejap pulak kang "itu ice cream you jual, you bagi sikit amoi kedai akak tak suka." sekejap lagi nanti "itu amoi kedai akak cantik ma you tak mau ka?" habis dia iklan aku dekat bangla. semua benda guna nama aku cis. sampai bangla tukar duit aku jugak kena hantar. nasib bangla tu datang dulu sebelum sempat aku hantar.

dah sekarang bangla tu dok sengih-sengih gatal dengan aku. adoi rimas. dulu tak la kut sebab aku jenis orang tanya sepatah jawab sepatah, lepas tu tayang muka tak ada perasaan. menyesal pulak awal-awal ngaku tak ada boyfriend masa dia kata aku suka tengok handphone sengih-sengih dulu. patut cakap je ada, tak adalah dia seronok mengenakan aku dengan ntah siapa-siapa je.

akak manager: mau kaya ball, waffer, ais cream murah, boleh baik-baik sama itu bangla. mau makan nasi murah boleh baik-baik sama tauke kopitiam.

akak baru: nak coklat free boleh baik dengan abang kaunter tesco tepi ni.

aku: oh, kalau lenguh kali nak urut kaki discount boleh baik dengan abang pusat reflexsology tu? macam tu?

akak manager: betul lah. macam tu lah. you dua bulan saja sini ma. lepas baik-baik, you pun byebye la berhenti. (ketawa)

aku: (ketawa) baguslah. lepas ni semua bangla, melayu, cina, pakistan, nepal, indonesia semua nampak saya semua lari sebab takut kena kikis.

Kau tau. sekarang kedai da makin bising sikit. aku dah pandai nak borak-borak dengan akak manager ni. kalau dulu soalannya sama, "tak mau makan ka?" sekarang dah borak banyak sejak kak yati masuk. tapi yang paling aku tak tahan bila dia orang berganding bahu kena kan aku dengan bangla. puncanya sebab aku cakap nak kaya ball free. tapi kalau dapat tak lalu pulak nak makan sebab bangla buat. hadoi.

dan yang lagi satu aku tak tahan, kalau dah dasar ahjumma, sorang cakap semua nak cakap. dua-dua tak tau etika, kalau tengah borak, sorang cakap yang lain diam dengar. ini tak, dua-dua nak cakap dengan aku, aku pun pening nak dengar mana satu sebab dua-dua cakap pasal benda lain-lain lepas tu dua-dua tak pandai baca keadaan. sebab tu aku selalu lari jauh-jauh. berdiri jauh-jauh sorang-sorang, supaya dia dua orang je berbual, aku tak tersepit tengah-tengah.

tapi pulak, bila dah jauh-jauh macam tu kena bahan kata aku tidur sambil berdiri. bila pulak aku tidur berdirinya? semua gara-gara donghae punya pasal. satu hari tu, aku tengah hulur paku dekat akak manager, nak paku-paku dinding, dah dia lambat sangat ambil paku, aku pejam la mata sebab kebetulan playlist terkeluar suara donghae nyanyi. konon nak menghayati, sekali kena tuduh tidur. bila senyum sorang-sorang dikatanya aku senyum dekat bangla pulak. padahal dekat telinga tengah dengar suara jaejoong sebab tu senyum sengsorang. adoi la, semoga makcik-makcik ni bertaubat cepat-cepat.

sekarang ni macam dah lega sikit tak ada usik-mengusik pasal bangla. tapi gossip Ah hui pulak timbul. Mati aku kalau mamat tu tau. Tiap hari selasa mana aku nak letak muka aku? dalam kain-kain baju yang banyak tu mungkin.



p/s: tesco plentong melayu lelaki kerja kedai-kedai ni tak ada kut. semua bangla dengan indonesia je berlambak.



Labels:

2 comments