Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Me: The One and Only
Hi! 안녕하세요 ! Thanks for reading! ^^ ~He, who has no strength to dream, has no strength to live~Ernst Toller~
Disclaimer
Hi! Before anything else, just to remind you, I'm talking craps sometimes, so whatever is written here, just deal with it because afterall this is my blog (: I'm not an English/Bahasa teacher, so pardon my grammar. No any childish acts. Respect is a must. Thank You :D
Email: nurulshariff90@yahoo.com
AYUMIYOSHIDA:)
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME | A Plain Jane
Not just any type of girl Hello! I'm Nurul. 21 year old. AB blood type. Lefty. Another plain Jane who rarely has an objective. I just accept what I get, either it was a reward for my hard work or even it was a punishment from my laziness. Those facts explain how loser I am. Oh I am also one of girls who wrote fan letter as her bio. Love pink. Has 2 different personality because I am AB lol. Half of myself already here so yeah, just read it! ^^ ohh! I'm so random. Remember!



Instagram


Twitter


Khamsahamnida


Airi's first giveaway
Photobucket

Currently...
Feeling : Has crush on 이태민-koe ga suki. Soshite, anata no silent gesture, daisuki. 태민-san no ongaku itsumo kikimasu.
Eating : sushi, takoyaki, green tea,skittles, oat krunch, marshmellow lover. Nowadays mum homemade foods are saikou!
Doing : Sleeping 10 hours/day to get a better skin bleagh.
Watching : salamander guru and the shadow, operation love kver, painter of the wind, Rooftop Prince.
Reading : tuesdays with morrie by mitch albom.
Listening to : Lee taemin. Younha. Any beautiful ballad & R&B,Be Ma Girl-Teentop, Good night-B1A4.

Always Keep The Faith


CLERKSHIP SCHEDULE

[1] Clinical Oncology :
15/4/12-19/4/12

[2] Obstetric & Gynecology :
22/4/12-26/4/12

3] Surgery/Radiopharmacy :
29/4/12-3/5/12

[4] Pediatric :
6/5/12-10/5/12

[5] Medicine :
13/5/12-17/5/12

[6] Community Pharmacy :
20/5/12-24/5/12

[7] Psychiatry :
27/5/12-31/5/12

Wishlist

Daily Reads
Fay | WZul | Zati | Wana | Dramabeans | QiuQiu |

University
Ori | Kak Nuha | Ilham | Kak Syu | JauzeeUmny | Raj | Dila | Kak Fatin | El | Nabila | Pai | Syafuan

School
Faiz | Alif | Fizan | Zam | Syafizan | Faiq | miraayon | Tiqasaid

Familia
Kak Ya | Dek Ha

Fangirling&stuffs
Hananorisa RL | Fana | Mr.Pinky | Pinat | Jade | Nasyirah | Dorama | Hananorisa | Waiem | Icepluscoffee | C3JJ

miscellaneous
Agama | Adifstory | RahsiaFarmasi | Saifulislam | Doctor | Terfaktab | HanieHidayah | TeyCindy | Revelinme | CynthiaOng | Jezmine | Fatinliyana |

Rotten Things
March 2009 | April 2009 | July 2009 | August 2009 | September 2009 | October 2009 | November 2009 | January 2010 | February 2010 | March 2010 | April 2010 | May 2010 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 | December 2010 | January 2011 | February 2011 | March 2011 | April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | February 2013 | April 2013 | May 2013 | June 2013 | September 2013 | February 2014 |

Im a loser TT
2601 | I’m listening to my all time favourite mela...
Keep in mind that i love you
weekend | keep your head down part 2
Weekend | Keep Your Head Down part 1
baru minggu ke 2 ye. tapi.
311210 | 010111
Pet shop kittyopeia ^^
tiup habuk | love letter
If, if…

Click!

> comments
Jaja&Din | Jaja itu adalah pantulan cermin sebahagian daripada diri aku
Written at Sunday, February 6, 2011 | back to top

 

Sebelum saya cakap apa-apa, saengil chukka hamnida leader-shii, encik jung yunho. hari ni 6th feb kan? and happy birthday lagi sekali untuk mr.kim jae joong, untuk birthday yang 4th feb pulak. Chukka-he~ untuk encik berdua, dan semua orang yang sambut birthday hari ni. ^^ Okay, hari ni saya janji tak cerita pasal mr.kim jae. jadi, pada yang termendarat kat sini, yang menyampah kalau saya cerita pasal encik kim jae, janganlah tekan butang pangkah kali ni, eh? ^^ (tengok, punya la memujuk, siap buat puppy eyes lagi.) Mari sini, kali ni saya nak cerita pasal cerita yang saya baca.

rasanya kali terakhir buku cerita yang saya baca boleh bagi kesan dekat saya masa saya baca AA+BB. Time tu first year uni kut. Kelmarin, saya baca cerita Jaja&Din, seriously, lepas baca buku tu tiba-tiba sangat craving (?) nak berblog sebab nak bercerita dekat sini. haha. Tapi, sebab dekat kampung, mana ada internet, komputer, segala. Sebenarnya pada asal cerita ni tak adalah menarik perhatian saya sangat sebab gaya penceritaan tak adalah terlalu santai,macam cerita ‘Bini Aku Tomboy ke?’.  Kata adik, “biasalah penulisnya makcik-makcik.”

Tapi cerita ni masih lagi santai kalau nak banding dengan cerita Alaf 21 kut. Ahaha. saya dah lama stop baca buku cerita alaf 21 sebab bahasa dia skema dan bosan. Dan buku cerita lain yang saya rasa cara penceritaannya sangat membosankan. Senang cerita, dah lama tak khatam baca novel dalam bentuk buku. Mungkin pengaruh terlalu banyak baca cerita online yang penulisnya masih amatur jadi tak terikat sangat dengat bahasa.

Tapi, kenapa cerita Jaja&Din buat saya tenggelam dalam dunia dia orang? First, sebab ceritanya simple dan mudah faham. kedua, tema dia menarik. Jaja&Din bukan cerita complicated macam drama Nur Kasih yang semua orang suka tapi saya tak suka tu. Iya, dalam Jaja&Din tak ada perempuan yang terlalu baik kemudian berkahwin dengan suami yang jahat. Saya tak suka cerita macam tu. Apa, bila cerita konon ala-ala islamic, semua perempuan baik takdirnya mesti macam tu? Mesti diuji dengan suami jahat? Itu lame bagi saya. Banyak lagi ujian bentuk lain yang boleh diketengahkan.

Kenapa mesti tunjuk perkara negative?Untuk pengajaran? Kalau pengajaran, tak boleh ke semua positive je? Bukan ke kalau drama islamic lagi baik macam tu? Okay saya tau saya tak layak cakap banyak sebab saya tak tengok langsung Nur Kasih. Jadi, tak tau jalan cerita. Semula jadi seorang Nurul, dia tak akan ambil kisah benda yang dia tak suka.

Balik semula dekat Jaja&Din. Ceritanya tentang seorang Jaja, kakak sulung pada 3 orang adik, 25 tahun dan masih tidak ada calon untuk jadi teman hidup. Jadi, family semua sibuk-sibuk pasang-pasangkan Jaja dengan anak kenalan family yang mereka 4 beradik gelar Abang Long. Tapi, kalau dah namanya Jaja, prinsip utama, dia tak suka orang pasang-pasangkan dia dengan siapa-siapa. Bukan tak ada orang nak Jaja, tapi jaja yanng menolak sebab Jaja rasa dia harus berkahwin dengan orang yang betul-betul dia cinta. Jadi seumur hidup Jaja, dia belum pernah jatuh cinta. dan ramai jugak yang kecik hati, tersinggung dengan sikap kebudak-budakan Jaja bila masuk hal-hal cinta ni.

Kemudian, nak jadi cerita, Jaja yang bekerja sebagai media planner dekat sebuah syarikat iklan yang besar terjatuh hati pada sekeping gambar lelaki berkopiah putih yang tengah baca yasin dekat kubur ditemani burung-burung atas batu nisan. Gambar tu mereka pilih untuk jadi iklan surat khabar pasal berhati-hati di jalan raya, time hari raya. Dua tahun jugak Jaja menjejak Abang Ustaz kopiah putih berwajah sejuk ala-ala calon ahli syurga tu, tapi tak dapat kesan langsung. Kononnya nak bayar duit upah jadi model iklan, padahal Jaja ada niat lain. Takdirnya, Jaja terserempak dengan encik ustaz dekat Hentian Duta, tapi tak sempat nak tegur.

Pertemuan kedua pulak dekat kenduri Kahwin. Juga secara kebetulan. Masa tu, Jaja memang patah hati sebab salah faham kononnya dia ingat encik Ustaz datang majlis dengan anak isteri. Tapi patah hatinya kejap aje sebab secara kebetulan juga dia dapat tau yang perempuan beranak tiga makan sebelah encik ustaz tu isteri orang lain. Sebelum terserempak dekat kenduri, Jaja berjaya jugak jejak kawasan kubur yang jadi latar iklan syarikat dia tu, tapi tak jumpa la dengan encik ustaznya.

Pertemuan ketiga pulak, secara kebetulan tukang kayu yang dijemput Jaja untuk buat rak buku dekat apartment baru papanya yang dia tumpang duduk sekarang, sepupunya encik ustaz. encik ustaz pun ikut sekali tolong pasang rak buku dengan kabinet dekat situ. Kalau tak kerana mulut si tukang kayu bertanya pasal gambar encik ustaz yang terframe dekat rumah Jaja tu, Jaja memang tak tahu langsung yang encik ustaz pun ada sama jadi tukang dekat rumah dia, sebab Jaja memang berkurung dalam bilik sepanjang mereka buat kerja.

Kemudian, pada masa satu keluarga tengah sibuk-sibuk sediakan persiapan untuk perkahwinan si Nini, adik bawah Jaja, si Jaja yang memang sungguh-sungguh dah jatuh cinta, minta papa dan mama pinangkan encik ustaz untuk dia. Ikut logik, siapa yang nak bagi anak perempuan dia dekat lelaki lulusan Al-Azhar yang tak ada pekerjaan tetap, sekadar mengajar sastera arab di madrasah dan jadi pembantu tukang kayu yang orang nampak macam tak ada masa depan, yang hidup ala-ala zuhud siap bercita-cita nak pergi jihad dekat Afghanistan?

Lagilah anak perempuan pasangan doktor tu memang dah biasa hidup senang. Dan kalau ikut logik jugak, ustaz mana yang nak terima perempuan yang tak jaga aurat, solat pun celup-celup, erti kata lain dah tinggal solat bertahun yang berbuih si adiknya menasihat suruh jaga solat dan aurat, tapi si kakak buat tak tahu, lepas tu tak berapa mahir buat kerja rumah, untuk jadi suri hidup?

Tapi, atas desakan Jaja, Pertemuan ke-4 diatur. Maka sampailah encik ustaz dekat rumah pasangan doktor tu di Alor star atas rencana anak sulung dia orang yang memang dah jatuh hati tahap parah dekat encik ustaz. Lepas risik-risik segala, rupanya si encik ustaz ni pun dah mula ada perasaan dekat si Jaja masa pertama kali nampak budak perempuan tu dekat Hentian Duta. Rupanya air mata budak perempuan berambut coklat, si pemilik kening cantik ni yang jatuh masa lambai-lambai tangan dekat bas yang dia naik tu sebenarnya untuk dia. Dalam masa yang sama ada dua orang perempuan lain yang kategori ustazah tengah tunggu jawapan encik ustaz ni jugak. tapi akhirnya istikharah dia memilih Jaja.

Jaja ni baik sebenarnya. Perempuan baik yang tidak bersosial, hidupnya hanya dalam lingkungan kerjaya, selebihnya dia banyak habiskan masa di rumah. simple, pergaulan dijaga, cuma sayangnya dia suka solat celup-celup. Tapi lepas pertemuan ke-4 di rumah Jaja di Alor Star, Jaja mula sedar yang dia sebenarnya dah lama tinggalkan Yang Maha Esa, tapi sang pencipta tak pernah lupa akan Jaja. Mujur dia ada adik baik seperti Nini yang membimbing semula kakaknya untuk mencari cinta tuhan.

Kemudian lepas berkahwin, barulah encik Ustaz a.k.a Burhanuddin Al-Helmy tahu kenapa Allah menggerakkan perasaanya lebih kepada Jaja sejak mula-mula dia terpandang budak perempuan tu, walaupun ada dua lagi calon yang lebih solehah menanti. Sebab Allah nak uji dan suruh dia didik Jaja menjadi perempuan yang solehah. Yang boleh dia bawa untuk ke syurga. Yang hanya encik ustaz je yang mampu dan bijak untuk melentur Jaja. Jadi mulalah episod dia menjadi mualim si Jaja, isteri yang padanya berambut dan berkening cantik yang sangat dikasihinya biarpun Jaja tak tahu serba serbi.

Dan bermula la jugak episod Jaja belajar hidup zuhud yang bak kata Jaja, Kalau zuhud menteri dari pakai mercedes, tukar pakai perdana, maka kalau zuhud Jaja, dari makan 4 kali sehari, jadi 2 kali sehari. Sarapan, dan makan lunch campur dinner di combine waktu encik ustaz buka puasa. Tapi, sebab Jaja sayangkan Din dia belajar untuk jadi redha dan ikhlas. Belajar untuk hidup susah. Belajar untuk menahan telinga dan pedih hati ketika orang lain memandang rendah dia kerana dia sekadar Jaja, bukan ustazah Murni atau Cikgu Zaleha, perempuan yang lebih terpilih dan padan dengan encik ustaz menurut kata ipar-ipar. Belajar untuk terima hakikat yang dia bukan menantu terpilih, yang sekadar dapat bilik tidur di stor lama tempat simpan periuk, tanpa kipas dengan tilam dan bantal yang kekabunya dah pecah di rumah mertua masa balik raya .

Bialah semua orang tak sayang padanya, asalkan encik ustaz sayang Jaja. Dan bagi encik ustaz, biarlah abang-abang, atau adiknya menganggap isteri mereka yang terbaik jika dibanding dengan Jaja yang basuh pinggan pun habis basah baju macam jatuh kolam, yang langsung tak cekap buat kerja dapur, hiris ulam besar-besar, terlajak tidur sampai tengah hari time orang tadarus quran bulan puasa,  tapi dia tahu dalam banyak-banyak padanya Jajalah yang berhati paling mulia, berhati paling halus, biarpun Jaja tak punya apa-apa. Jaja tak pandai merungut, hari-hari cuma wajah manis yang Jaja pamerkan untuk dia. Dan dia juga tidak berhajat untuk ubah Jaja menjadi orang lain kerana pada asalnya, dia tertarik pada Jaja yang Jaja.

Kemudian, suka duka kisah Jaja&Din yang saya rasa sangat sweet ni berterusan hinggalah Encik ustaz pergi berjihad dekat Afghanistan melawan tentera US dan hilang disana dalam tempoh 2 tahun setengah. Sungguh cerita ni bagi kesan dekat saya mungkin kerana Jaja adalah imej pantulan cermin seorang Nurul. Dalam Jaja ada Nurul. 90% Jaja adalah Nurul.

Jaja anak sulung,  perempuan yang simple, tak pernah bercinta, tak minat bershopping, tak sukakan aksesori dan make up- make up, yang tak suka menghabiskan masa diluar rumah selain bekerja, yang suka membaca sambil mendengar lagu, yang duitnya tidak habis ke lain kecuali untuk makanan dan buku-buku ceritanya, yang tahap sabarnya nipis tapi marahnya cepat reda, yang tak pandai ambil hati orang tua, yang tak pandai bercampur dengan orang, yang tak cekap dengan kerja dapur sekadar tolong-tolong pandailah dia sebab dia bukan dibesarkan dalam suasana yang mewajibkan asal nama anak perempuan mesti wajib pakar masak segala jenis juadah katering dengan cekap, yang tak berapa peramah kecuali dengan keluarga dan teman rapat je.

Iya, begitu jugak la Nurul. Cuma bezanya dengan Nurul, Jaja pada asalnya tidak bertudung dan solat celup-celup. Tapi, Nurul pun bukan ustazah juga. Oh dan Jaja tak simpan gambar pelakon mat salih dalam purse, tapi nurul buat muka Mr.Kim Jae jadi wallpaper cell phone. haha. Mungkin persamaan tu yang buat saya lebih menjiwai watak Jaja lantas tenggelam bersama dalam kisah mereka. Dan encik ustaz yang baik jugak buat saya rasa wah bagusnya kalau lelaki yang pandai mendidik macam ni masih wujud dekat Malaysia ni. Walaupun dia tak kerja tetap dan hidup zuhud, encik ustaz ni sangat amanah dan rajin dalam kerja dia mengajar kat madrasah tu, dan kerja tukang dia. Dia jugak amanah dalam hal-hal guna barang Jaja contoh macam talian internet biarpun berkali-kali Jaja kata tak payah minta izin sebab harta Jaja, harta dia jugak.

Walaupun encik ustaz tak banyak cakap, tapi saya rasa watak encik ustaz ni ala-ala sweet-romantik jugak sebab perkataan yang keluar dari mulut dia tak sia-sia. Bukan pembohongan berlebih-lebihan macam yang boleh kita tengok dekat orang bercinta zaman sekarang. Pujian yang keluar dari mulut dia berbunyi simple dan ikhlas, langsung tak buat orang jemu mendengar. Saya suka dia selalu sebut Faiza si pemilik kening yang cantik. Sifat sabar dia memang first class. Setiap malam buat upacara bed time story kat Jaja cerita kisah-kisah nabi, sangat sweet macam tu. Dapat pahala sama kan? daripada duk mengumpat kisah orang lain yang macam suami isteri zaman sekarang suka buat. haha.

Kesimpulannya, cerita ni mengangkat martabat sebuah cinta agung. Cerita cinta biasa yang pada saya luar biasa. Yang besarnya cinta Jaja pada Din sehingga membawa kepada Cinta Ilahi. Cinta yang seperti ini yang harus kita cari. Cinta yang tidak melalaikan. Malah membentuk diri menjadi lebih baik, lebih mulia. Dari seorang budak perempuan biasa yang sering lupa kewajipan pada yang esa kepada seorang isteri yang redha melepaskan suaminya untuk berjuang di medan perang biarpun anak mereka baru berusia 2 hari, kemudian tetap redha dan tabah apabila mendengar berita suaminya gugur syahid di medan perang. Betapa cinta itu anugerah kalau ia dipandukan ke arah yang betul. Kali ni, saya rasa tak salah kalau kita menjadi pencinta agung, jika kita ikhlas dan cinta itu mampu membawa kita kepada cinta ilahi. Dan mungkin kisah seperti Jaja&Din masih lagi wujud di dunia tapi kecil sangat bilangan sehingga ditutup dengan kilauan kisah cinta palsu yang sering terbentang depan mata kita.

4 comments