Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Me: The One and Only
Hi! 안녕하세요 ! Thanks for reading! ^^ ~He, who has no strength to dream, has no strength to live~Ernst Toller~
Disclaimer
Hi! Before anything else, just to remind you, I'm talking craps sometimes, so whatever is written here, just deal with it because afterall this is my blog (: I'm not an English/Bahasa teacher, so pardon my grammar. No any childish acts. Respect is a must. Thank You :D
Email: nurulshariff90@yahoo.com
AYUMIYOSHIDA:)
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME | A Plain Jane
Not just any type of girl Hello! I'm Nurul. 21 year old. AB blood type. Lefty. Another plain Jane who rarely has an objective. I just accept what I get, either it was a reward for my hard work or even it was a punishment from my laziness. Those facts explain how loser I am. Oh I am also one of girls who wrote fan letter as her bio. Love pink. Has 2 different personality because I am AB lol. Half of myself already here so yeah, just read it! ^^ ohh! I'm so random. Remember!



Instagram


Twitter


Khamsahamnida


Airi's first giveaway
Photobucket

Currently...
Feeling : Has crush on 이태민-koe ga suki. Soshite, anata no silent gesture, daisuki. 태민-san no ongaku itsumo kikimasu.
Eating : sushi, takoyaki, green tea,skittles, oat krunch, marshmellow lover. Nowadays mum homemade foods are saikou!
Doing : Sleeping 10 hours/day to get a better skin bleagh.
Watching : salamander guru and the shadow, operation love kver, painter of the wind, Rooftop Prince.
Reading : tuesdays with morrie by mitch albom.
Listening to : Lee taemin. Younha. Any beautiful ballad & R&B,Be Ma Girl-Teentop, Good night-B1A4.

Always Keep The Faith


CLERKSHIP SCHEDULE

[1] Clinical Oncology :
15/4/12-19/4/12

[2] Obstetric & Gynecology :
22/4/12-26/4/12

3] Surgery/Radiopharmacy :
29/4/12-3/5/12

[4] Pediatric :
6/5/12-10/5/12

[5] Medicine :
13/5/12-17/5/12

[6] Community Pharmacy :
20/5/12-24/5/12

[7] Psychiatry :
27/5/12-31/5/12

Wishlist

Daily Reads
Fay | WZul | Zati | Wana | Dramabeans | QiuQiu |

University
Ori | Kak Nuha | Ilham | Kak Syu | JauzeeUmny | Raj | Dila | Kak Fatin | El | Nabila | Pai | Syafuan

School
Faiz | Alif | Fizan | Zam | Syafizan | Faiq | miraayon | Tiqasaid

Familia
Kak Ya | Dek Ha

Fangirling&stuffs
Hananorisa RL | Fana | Mr.Pinky | Pinat | Jade | Nasyirah | Dorama | Hananorisa | Waiem | Icepluscoffee | C3JJ

miscellaneous
Agama | Adifstory | RahsiaFarmasi | Saifulislam | Doctor | Terfaktab | HanieHidayah | TeyCindy | Revelinme | CynthiaOng | Jezmine | Fatinliyana |

Rotten Things
March 2009 | April 2009 | July 2009 | August 2009 | September 2009 | October 2009 | November 2009 | January 2010 | February 2010 | March 2010 | April 2010 | May 2010 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 | December 2010 | January 2011 | February 2011 | March 2011 | April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | February 2013 | April 2013 | May 2013 | June 2013 | September 2013 | February 2014 |

kebaikan give up?
-____-''
edisi world cup::Kalahnya Germany maka kembali nor...
Mr. Soulmate :: Part 1
laporan dating. eheh
Everytime we touch
Esok ada date,,xD
Award from Kak Nuha^^
Another randomness ^^
Randomness again^^

Click!

> comments
Cerita Nasi Campur::baru nak masuk 2 minggu ke?
Written at Wednesday, July 21, 2010 | back to top


Cerita 1: Edisi David Villa lebih sesuai berlakon telenovella.

Biarlah dah 2 minggu world cup habis pun. Aku nak komen jugak kat sini. Mulanya aku malas nak tengok sebab tak ada team aku and aku rasa tak ada geng kut nak tengok. takut aku nak tengok sengsorang. Kang saje aku dok gelisah resah tunggu goal ternampak bayang orang ke, terdengar bunyi yang pelik-pelik ke, tak mau la aku. Sekali je, Shidah pun sibuk nak tengok, so memang best la ada kawan nak tengok kan. Pai pun join sama. Though dy macam tak minat je. Memang sangat enjoy la malam tu memekak. Haha! aku rasa kesian kat budak bilik bawah dok dengar suara aku je jerit-jerit. keh keh. Aku sokong Spain sebab Spain kalahkan Germany-team aku. Kira dia lagi kuat la kut. Haha. orang sume dok sibuk Villa, Villa, tapi David Villa tak menyerlah pun malam tu. Haha. biaq pi la kau. aku tak berminat pun dengan kau Villa and rasanya kalau kau jadi pelakon lagi cemerlang kut. maksud aku kau kan ada rupa pelakon telenovella. keh keh. Paling aku suka Yellow card bersepah-sepah. Memang best la kau referee. rasa macam nak buat kau jadi bola. ha ha ha. Esok pagi bangun nak pergi register rasa blur je.


Cerita 2: Edisi Minggu awal memang minggu bersenang lenang mungkin.

Dah dua minggu dah aku balik semula Balik Pulau ni. Minggu first masih tak ada kelas sampai petang. Awal-awal ni memang semua kelas macam tak tetap. Esok karang bila lab dah start, semua lecturer nak kejar sylibus mula la semua nak berebut buat kelas students pulak berebut nak ponteng. Haha. Student yang macam aku la. Tapi sem ni aku nak graduate dari ponteng memonteng nih. Haha. dah naik third year kena lebih serious. haha. Selama ni aku tak serious ke? Aku cakap nak jadi LEBIH serious. Maknanya aku serious la sebelum ni. haha. Bunyi je dah macam penipu. ;p Minggu ni lecture semua okay. Biasala baru part introduction. takde la aku sampai nak terkeruk-keruk kepala nak kasi faham apa yang lecturer aku mengajar kat depan. Ohh, ya bilik kuliah pun dah baru. Sejuk! Mendayu-dayu je rasa. Macam terbuai-buai. Memang selesa la kan. tapi kalau selesa sangat-sangat karang saje buat aku nak tido je karang. Selama ni tak selesa pun tido. Overall aku suka lah kut semester ni. New class, New spirit. Ceh tiap sem cakap macam ni. haha!


Cerita 3: Edisi Aku nak mak bidan okay tak mau amoi-amoi spa yang lemah gemalai.

Sabtu dengan Ahad lepas, family day IPSA, camping kat bukit larut. Memang sangat penat giler tapi sangat besh giler kut. Haha. Tengok betapa penat dan best siap dengan sangat dan giler. tapi kenapa ada kut kat part besh tu? haha. maknanya ada yang tak best la. contohnya seperti kesan kesakitan yang aku alami sekarang. Mujur hari ni dah okay. hahaha. Pagi-pagi bangun awal bertolak sebelum subuh, sampai Bukit Larut terus nak kena hiking pegi Tea Garden. Ini aktiviti yang memang buat pinggang aku nak tercabut tiga hari. 9 km tau. SEMBILAN! Sama jauh rumah aku kat Seri Alam tu dengan tempat kerja ayah aku kat Pasir Gudang. Kalau highway pasir gudang tu jalan tegak lurus. Ini bukit tahu. BUKIT. tinggi and bengkang bengkok.

Dah lah bahagia gile jalan sambil dengar mp3 berkongsi earphone dengan Cik Na. Memang romantik habis. ROMANTIK APA BENDANYA. Mendengar music dengan harapan dapat mengurangkan sedikit rasa penat pinggang nak tanggal tu. Kira macam terapi. Sekali sampai kat Tea Garden, ini memang buat aku rasa nak belasah semua orang, tak pun nangis guling-guling ke, mana Tea nya? MANA? apa motif pegi Tea Garden tapi penuh lalang saje je. Ceh! Pulak lepas tu nak turun memang seksa ibu jari kaki aku. Tiba-tiba jumpa Pak cik Pharmacognocy banyak pulak cakap dy tak reti baca mood orang muda macam aku yang rasa penat rasa lapar tahap nak makan daging orang. Memang sungguh mencabar keimananan. Apesal mencabar iman? sebab mulut sedaya upaya senyum dan mencuba menjaga hati orang tua (bajet pak cik tu nak ambil kau jadi menantu apa?) and hati sedaya upaya sabar supaya tak memaki pakcik tu dalam hati. Pak cik ni baik sebenarnya. Ilmu banyak tak lokek nak kongsi. Tapi, terkena wrong time at the wrong place pulak. Memang moody jela aku. Dengan Short-cut yang dia bawak tu memang cukup buat kaki aku menggeletar macam patung kayu tercabut skru. Bukan menggeletar takut. Tapi menggeletar penat tak cukup glucose. Dah memang jadi orang last sekali la sampai. Punya lama hiking dari pagi before pukul 8 kut. Turun kaki bukit azan zohor masuk. Kalau masuk bertanding, tak payah turun terus. Buat malu penyokong je. bhahaha. Tapi, sangat suka sebab dapat minum air sungai yang sedap. Fresh! Ini je pengalaman menyeronokkan hiking. haha.

Lepas turun, memang aku terus sambar Nasi Lemak sekotak. Hahaha. Puas aku kenyang! Lepas makan balik tapak khemah, lagi skali benda buat aku rasa terus lapar nak telan semua orang-Khemah tak cukup. So, group aku tak dapat khemah. Dah penat-penat aku nak cari port tido, tiba-tiba khemah tak ada. Memang down. But, thank God group aku tak dapat khemah awal. Bila dapat khemah hujan lebat, pasang khemah time hujan, terus port khemah bawah astaka ada bumbung. Jadi khemah kami terselamat dari masalah khemah bocor. Sangat-sangat bersyukur! Lepas tu, alang-alang dah basah sebab hujan terus pergi mandi swimming pool. Yang bestnya air swimming pool ni air sungai. Memang sejuk dan sangat puas. Main dalam hujan lagi. Memang sangat seronok ah. Lama gile tak main hujan kan. Nasib baik petir menyambar, kalau tak sampai mahgrib tak naik-naik dari kolam. haha. Malam tu terus aku nak demam.

Lepas BBQ, activiti pun macam hari raya pak-pak sedara sama mak-mak sedara dok bersembang kedai kopi tak ada motif, jadi aku pun memblahkan diri terus pegi tido. Esok pagi memang macam orang lepas bersalin sakit urat, muscles segala tak boleh jalan. Bhahaha. Bila masa entah boleh tau orang bersalin sakit camne. Ohh yang penting masing-masing macam nenek tua berwajah awet muda, jalan senget macam ketam. haha. Paginya aktiviti sukaneka. Ada ke game masukkan pen dalam botol guna punggung .Macam apa je. Lucah macam Shin Chan. tapi memang lawak. Aku memang kena main semua game sebab group tak cukup orang. tapi semua aku main tipu. haha. Lepas tu ada game pijak belon. Game ni kut yang memang paling best sekali. tapi aku tak main la. haha. Lepas tu, kemas-kemas, balik. Overall, camping best! thanks kepada yang menganjur dan brsusah payah. =D

bersama ahli khemah malang sang khemah bocor. ;p

Tugu peringatan perang kata apis. Cantik je batu-batu ni dorang susun.


Tapak khemah bersama ahli khemah. Khemah je tak terinter frame. haha

Tea garden:: partner beromantic share earphones. Aktiviti macam ni disarankan untuk pasangan yang hampir bercerai. Yelah, kalau buat macam ni pulak tu layan lagu-lagu romantic korea/jepun tak pun lagu-lagu cinta english yang evergreen macam lagu zorro tu kan tak pun Cascada-truly madly deeply ke, everytime we touch ke or lagu-lagu rossa, Melly Goeslow terus tak jadi bercerai sebab teringat zaman-zaman ngurat mengurat makan kenyang lapar balik bila gf/bf ajak teman makan pulak, lepas tu mandi tak basah sebab duk berangan dalam bilik air tala shower kena kat dinding. Okay bukan pengalaman aku.
INI HANYA IMAGINASI. HAHA.

Tea garden yang macam lalang garden ntah apa-apa

Kaki bukit larut


Cerita 4: Edisi Lecturer kacak beraccent mat salih.

Haha. Gedik jugak nak cerita yang ini. ni first time aku belajar dengan lecturer ni kat sini. Hensem wohh. tak tau la orang mana. tapi belah-belah arab kut. Lecturer aku yang Malaysian dua orang je. Lain semua foreigner. Aku ingat kalau cakap keluar la bunyi arab, skali yang dengar bunyi mat salih. Terus konfius dia ni orang mana. tak kisah la yang penting setakat ni dia punya explanation aku faham. haha.


Cerita 5: Edisi If you're meant to be then you'll be.

Okay. Aku kureng berminat nak sentuh bab-bab cinta dalam blog ni. Macam kelakar je rasa kalau aku cakap pasal cinta-cinta. tapi aku nak jugak cakap ayat ni dalam entry blog.

If you're meant to be with someone then you'll be.

Semalam aku tengok wedding pics lecturer, Madam Hafsah. Rupanya encik hubby dia dah propose dia 1o years ago then dia tolak. Biasala, nak mantapkan career semua tu dulu. Then, after 10 years that encik hubby propose dia semula. See, 10 years terpisah, sorang kat Baghdad, sorang merantau negara orang. Kalau dah jodoh tu, lari mana pun jumpa jugakkan. Ini jugak yang dinamakan ikan di laut asam di darat, dua-dua masuk dalam perut aku. haha. Eh. tak tak. Aku tak telan asam keping. Tukar la. Sotong kat laut, ayam kat darat, dua-dua masuk dalam kuah tomyam kedai adam, terus jadi rezeki perut aku. hahaha.


Cerita 6: Edisi kena kau sekali.

Tadi time lecture Cardiovascular system, lecturer aku soal la buat aktiviti menyelak mengkaji lipatan sejarah otak aku dengan semua orang ingat lagi tak apa benda belajar zaman-zaman high school matrik dulu. Dia tanya Pulmonary circulation bawak oxygenated blood ke, deoxygenated blood ke? main angkat-angkat tangan sape jawab A sape jawab B sape jawab C etc etc. Pastu barisan aku tak angkat tangan. Cam biasa la. Kalau aku memang tak pernah nak angkat tangan sebelah mana-mana jawapan tak kira la tau ke, tak tau ke, macam tu la jugak responnya, senyap. tengok note. tengok jari. tengok white board. tengok slide. ada la jugak member aku yang lebih kurang je macam ni. sekali lecturer tu tanya,,

"middle line, neither oxygenated blood nor de-oxygenated blood, does heart pumps water?"

Okay. aku memang gelak. Lecturer ni perasan eh sape angkat sape tak angkat. haha. Tapi dia memang details pun kalau pasal benda-benda macam ni. dan dia mentor aku. kah kah kah. dan dia jugak yang marah aku pasal kuiz Endocrine system aku yang part pharmacology rendah masa sem lepas. lepas tu aku balik terus menangis. lawak betul perempuan tak cukup usia ni kena marah sikit terus nangis. haha.


Cukuplah tu. Okay la. lain kali aku cerita lagi.
babai!
7 comments