Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Me: The One and Only
Hi! 안녕하세요 ! Thanks for reading! ^^ ~He, who has no strength to dream, has no strength to live~Ernst Toller~
Disclaimer
Hi! Before anything else, just to remind you, I'm talking craps sometimes, so whatever is written here, just deal with it because afterall this is my blog (: I'm not an English/Bahasa teacher, so pardon my grammar. No any childish acts. Respect is a must. Thank You :D
Email: nurulshariff90@yahoo.com
AYUMIYOSHIDA:)
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME | A Plain Jane
Not just any type of girl Hello! I'm Nurul. 21 year old. AB blood type. Lefty. Another plain Jane who rarely has an objective. I just accept what I get, either it was a reward for my hard work or even it was a punishment from my laziness. Those facts explain how loser I am. Oh I am also one of girls who wrote fan letter as her bio. Love pink. Has 2 different personality because I am AB lol. Half of myself already here so yeah, just read it! ^^ ohh! I'm so random. Remember!



Instagram


Twitter


Khamsahamnida


Airi's first giveaway
Photobucket

Currently...
Feeling : Has crush on 이태민-koe ga suki. Soshite, anata no silent gesture, daisuki. 태민-san no ongaku itsumo kikimasu.
Eating : sushi, takoyaki, green tea,skittles, oat krunch, marshmellow lover. Nowadays mum homemade foods are saikou!
Doing : Sleeping 10 hours/day to get a better skin bleagh.
Watching : salamander guru and the shadow, operation love kver, painter of the wind, Rooftop Prince.
Reading : tuesdays with morrie by mitch albom.
Listening to : Lee taemin. Younha. Any beautiful ballad & R&B,Be Ma Girl-Teentop, Good night-B1A4.

Always Keep The Faith


CLERKSHIP SCHEDULE

[1] Clinical Oncology :
15/4/12-19/4/12

[2] Obstetric & Gynecology :
22/4/12-26/4/12

3] Surgery/Radiopharmacy :
29/4/12-3/5/12

[4] Pediatric :
6/5/12-10/5/12

[5] Medicine :
13/5/12-17/5/12

[6] Community Pharmacy :
20/5/12-24/5/12

[7] Psychiatry :
27/5/12-31/5/12

Wishlist

Daily Reads
Fay | WZul | Zati | Wana | Dramabeans | QiuQiu |

University
Ori | Kak Nuha | Ilham | Kak Syu | JauzeeUmny | Raj | Dila | Kak Fatin | El | Nabila | Pai | Syafuan

School
Faiz | Alif | Fizan | Zam | Syafizan | Faiq | miraayon | Tiqasaid

Familia
Kak Ya | Dek Ha

Fangirling&stuffs
Hananorisa RL | Fana | Mr.Pinky | Pinat | Jade | Nasyirah | Dorama | Hananorisa | Waiem | Icepluscoffee | C3JJ

miscellaneous
Agama | Adifstory | RahsiaFarmasi | Saifulislam | Doctor | Terfaktab | HanieHidayah | TeyCindy | Revelinme | CynthiaOng | Jezmine | Fatinliyana |

Rotten Things
March 2009 | April 2009 | July 2009 | August 2009 | September 2009 | October 2009 | November 2009 | January 2010 | February 2010 | March 2010 | April 2010 | May 2010 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 | December 2010 | January 2011 | February 2011 | March 2011 | April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | February 2013 | April 2013 | May 2013 | June 2013 | September 2013 | February 2014 |

Ramadhan
Matsumoto Jun female version
The way you see the world
Award
Minna Ohaiyo!!
I'm sick of laboratory reports!
It's such a long day...
I need painkiller, so badly!
saya mesti patuh!
tak mampu nak berfikir!!

Click!

> comments
KANCIL HIJAU, PEF 9948: Operasi GAGAL
Written at Sunday, August 30, 2009 | back to top

Yo! I'm gonna share some sengal+bengong+funny experience here. LOL.

IKLAN SEBENTAR:



Today is Matsumoto Jun's birthday. I wish happy birthday to him eventhough he may not read this entry. (sengaja meletakkan wajah lelaki super-kawaii sebagai penghias entry.lol)


THE STORY:

Hari ni hari ahad. esok cuti umum. ALYAA, PAI, FIEZA, DYLLA, dan SAYA telah merancang nak keluar town beli barang. Oklah. You may say it girls day out. Kononnya nak pusing-pusing town, pergi tesco, bus stand sg.Nibong, Queensbay, Bukit Jambul segala la. Lalu bertindak menyewa sebuah kereta kancil.

Masa: 9.00 pagi
Cuaca: Hujan

Adham dan Hafiz membantu ambil kereta di tempat sewa. Ok. Honestly speaking, saya tak tau apa-apa tentang aktiviti ni sebab saya masih lagi tidur. Malam tadi saya tak tidur, stay sampai pagi, Membuang masa mengulang tonton Hana Kimi kali ke 3 mungkin (atau lebih lagi). Kemudian menonton lagi Kamen Rider Kabuto( ini pun entah ke berapa tak tau). Lalu, pukul 7 pagi baru saya tidur dan Pai mengejut saya bagai orang gila cuba mengejut mayat bangun, ternyata tak ada respon langsung. Dan saya telah menspoilkan waktu perjalanan yang dirancang. Konon-konon nak pergi pukul 9.00 jadi pukul 10 lebih.

Saya sedikit kagum melihat kereta sewa yang cantik. Selalunya, kereta yang classmate saya sewa tak secantik ini. ( cantik level kereta sewa). Hujan sangat lebat. Singgah petronas tuang minyak RM10. Masa ni saya mula sedar, pintu sebelah tempat saya duduk getah dia dah tak kuat. Jadi air hujan masuk membasahi saya lalu bertidak meminta tisu dylla untuk sekat air hujan. Dylla dan Alyaa turut mengalami masalah ini.

Location: Atas bukit balik pulau-Relau

Fieza menyuarakan impiannya. Mahu naik ke atas bukit tinggi di tepi jalan dan melihat pemandangan di sana. Impian dia mendapat sambutan. Tiba-tiba, Alyaa (DRIVER) berkata: "Bakpe berat nih sek mu? habis dah tekan minyak susah gak nak naik. Sape berat nih?". kami gelak-gelak. Ok. Kami tau kancil memang sedikit susah nak naik bukit. Alyaa masih lagi tak berhenti-henti merungut kata berat nak naik bukit sepanjang-panjang perjalanan. Semua orang cuba bagi pendapat kenapa jadi berat. Fieza berkata: "Orang sorang la ni yang buta kereta?". Dia bercerita tentang Fobia untuk menaiki kereta yang dialami olehnya sejak kecil sebab pernah terlibat dengan kemalangan. Kata Fieza: " Tak nak amek lesen. Orang nak cari husband yang pandai bawak semua. Biar dia je drive."


Location: Atas bukit menghala ke arah Bukit Jambul.

Kancil hebat bewarna hijau ini mengeluarkan bunyi kuat seperti mahu pergi racing. Bajet hebat ah kalau bunyi macam nih. Tiba-tiba, di simpang tiga depan apartment Kancil hebat ini mengundur ke belakang. Tiba-tiba Dylla berkata sambil bermain SMS kepada pai: "weh sedap lagu nih. cuba kuatkan sikit radio tu." Masa tu Pai tengah kalut tarik hand brek. Fieza pelik dengan Dylla. Orang dok risau kereta mengundur, boleh dia suruh kuat radio. Kancil mengundur buat kali kedua. Kali ni lagi laju dan banyak. Oh la-la. Gila ah. Kalau belakang tadi ada kereta memang accident ah kita orang. Lepas tu, Alyaa cuba cuba jugak nak buat kancil hebat berjaya naik bukit. Cubaan gagal. Malah semakin mengundur ke belakang. Kereta-kereta lain mula hon kuat-kuat. Mungkin mereka cemburu sebab kereta mereka tak boleh buat aksi menarik perhatian macam kancil hebat ini. Alyaa mula menggelabah. Pai di sebelah cuba menenangkan. Fieza menyuarakan rasa tidak sedap hatinya.

Alyaa berkata: Orang dah cuba. Serius dah tekan minyak habis. Bakpe mengundur pulak.
Pai Berkata: Hang masuk gear betul ke idak?
Alyaa berkata: Eh betul nih. Bakpe gini nih.
Fieza berkata: Weh sek mu. takut ni. Bahaya la. Fobia.
Pai berkata: Ni keluar jalan tak berkat kut nih? Nurul, Hang keluar ni bagi tau ibu ke tak?
Nurul: hanya diam.(tersengih). Ok. Aku lupa nak bg tau. Tapi, baru arini je lupa. tak kan da nak dapat balasan (berkata dalam hati)
Fieza berkata: Sek mu yok la kita keluar kereta. (berwajah pucat dan sangat risau.)


Situasi: Diluar kereta tengah hujan

Alyaa cuba untuk drive naik bukit tu. Konon-konon kami ni berat, so keluar ah dari kereta kan. Tapi, still lagi mengundur. Lalu kami pun berfikir untuk bertindak menolak kancil hebat ini untuk naik sedikit. Haih! ("__"!) Mula-mula Pai tolak sorang. Dylla masih sibuk berSMS. Saya dan Fieza seperti blur dan melihat saja cubaan Pai. Ok. Mungkin Pai pikir: "Jebon betul budak-budak ni. Biar aku sorang tolak kereta." Tiba-tiba saya terfikir. "Apsal aku tengok ja?" Lalu, saya pun membantu Pai menolak sama sang kancil hebat itu. Selalu nampak aksi ni dalam TV. Tiba-tiba kau pulak jadi actress arinih. Ceh!

Kami masuk kereta semula ingatkan dah ok la kan sebab kami dah tolak naik bukit tu. Bila Alyaa start je enjin, kancil mengundur balik. Semua orang berdebar-debar. Kereta lain hon lagi. Fieza bertambah pucat. Saya menggenggam tangan dia yang sejuk dan menggeletar. Fieza mengajak kami balik ke Balik pulau. Mood bershopping sudah hilang. Masalahnya, camne nak balik? Naik bukit pun tak boleh ni. Fieza pun suruh keluar dari kereta. Semua pun keluar. Kami menyuruh Alyaa cuba drive sorang kalau boleh bawak kancil hebat ini naik bukit semula dan duduk di tempat selamat sebab kancil hebat ni buat hal kat simpang atas bukit. Kawasan strategik untuk kemalangan. Kami suruh Pai naik kereta semula teman Alyaa takut Alyaa gelabah.

Alyaa berusaha sedaya upaya untuk naik bukit lebih tinggi lagi. Hasilnya bunyi mengerikan terhasil dan bau hangit tersangat kuat. Kami di luar sangat risau kalau berlaku apa-apa yang tak patut. Kami takut kalau kereta meletup. Ohh..Kami sayang mereka berdua. Tuhan bantu kami. Fieza semakin resah, pucat, takut, risau. Fobia lampau menghantui Fieza. Dylla dan saya cuba menenangkannya. Kami menggenggam tangan Fieza supaya dia rasa selamat. Dylla berkejar ke arah kancil nak tengok Alyaa dan Pai. Saya dan Fieza masih memandang dari jauh. Fieza meluahkan rasa fobia dia yang semakin menjadi-jadi. Saya berkata: "Mama, dai jo bu..." sambil menepuk bahunya. Fieza ajak balik dan kami berfikir cara terbaik untuk pulang.

Pai menyuruh Alyaa call Kak Ayu, pemilik kereta sewa ini. Sedikit menyampahkan sebab suami Kak Ayu seperti memperlekehkan driving skill Alyaa. Lelaki tu kata: "Main-mainla minyak tu. tekan kuat-kuat. Masuk gear betul-betul." Suami kak Ayu cuba menyalahkan Alyaa. Alyaa semakin risau dan cuba defend diri sendiri kata dia tak salah sebab dia buat semua dah betul dah. Suami Kak Ayu suruh tunggu kata nak datang. Kami tunggu dengan wajah bosan. Sangat lama suami kak Ayu nak sampai. Saya seperti peminta sedekah mencangkung di luar kereta. Semua orang tengok kami pelik. Jakun tak pernah tengok kereta rosak lampu kecemasan mengelip-ngelip agaknya.

Tiba-tiba, ada kereta berhenti. Kami ingat pakcik tu suami kak Ayu. Tapi kenapa pakcik tu macam blur bertanya itu ini kepada kami. Kami mula blur dan sangsi. Pakcik tu cuba bagi pendapat berdasarkan penerangan Alyaa. Katanya mungkin klac habis, jadi tak boleh naik bukit. Pakcik tu nak try tengok apa masalah kereta ni.

Kami tanya:"Err..pakcik ni sape sebenarnya? Pakcik ni kak Ayu ke?"
Unknown Pakcik:"Pakcik mekanik. Ni on the way nak pergi kerja."
Kami berbisik sesama kami: "Kang kena bayar pulak tetiba. tunggu Kak Ayu jela."

Namun, pakcik tu dah masuk pun kereta, try bawak. Memang fail. Pakcik seorang lelaki berbadan besar pun FAIL nak naik atas bukit, ini lagi Alyaa. Pakcik tu kata, klucth habis. confirm. sebab tu tak boleh naik bukit. Alyaa kata, "tengok, bukan salah orang eh. Memang kereta ni masalah." Kami kata, "Jangan risau. Kereta ni memang rosak. Ntah brape lama tak service. bukan salah Alyaa." Pakcik mekanik offer kami hantar ke Bukit Jambul dan kunci kereta tinggal kat dia nanti dia bawak pergi bengkel. Tapi kami tolak offer tersebut sebab tak berani nak memandai sebab takut duit sendiri burn nanti. Pakcik pun pergi.

Suami kak Ayu sampai. Dia naik motor. sedikit mengecewakan. Habis kami nak naik apa? Kami tanya dia suami kak Ayu ke, dia jawab pun serupa tak mau jawab. Dia masih cuba menyalahkan skill memandu Alyaa. Kemudian dia try sendiri. Pakcik botak ni pandai-pandai je naik kereta ni. Kang dia bawak lari pulak satu hal. Dylla suruh Alyaa naik skali dengan pakcik botak supaya pakcik tu tak bawak lari kereta. lepas dia cuba, dia mengakui kebenaran klucth habis, bukan salah kami. Kak ayu call tanya suami da sampai ke belum. Kami tanya yang botak naik motor tu suami dia ke? Kak Ayu kata betul. Lega! Pakcik botak suruh kami tolak kereta ke tepi jalan nak masuk ke tempat pembinaan. Tolak lagi?? haih! Pakcik tu masuk kereta. Aik? apa dia pikir kami kuat ke nak tolak kalau dia yang kat dalam. Kami suruh dia keluar dan Alyaa pulak masuk. Berlaku lagi adegan tolak menolak kereta tepi jalan. Haih! ("___"!!) Pakcik tu call bengkel mana ntah dan kami tengah bingung pikir nak balik camne nampak teksi terus tahan. Pastu kami pun blah pergi Bukit Jambul naik teksi.

Balik, pukul 3.30 petang kami bercerita pada pakcik Kamar pasal tragedi nih. Dylla dan Alyaa sangat kecewa kerana tak dapat pergi tesco. Fieza sangat sedih tak dapat naik bukit tengok pemamdangan. Impian dia masih lagi gagal. Kami cuba snap beberapa gambar tempat kejadian, kemudian ternampak kereta KANCIL HIJAU BERNOMBOR PLAT PEF 9948 ditunda. Haih!! ("__"!!!) baru nak tunda? Kalau kami tunggu tadi memang sia-sia. Akhirnya, kami sampai rumah. Yukatta neh..!! kami sampai dengan selamat.


Kesimpulan:

1) Fieza bercadang untuk mencari suami seperti Gu Jun Pyo. Naik helikopter sendiri pergi mana-mana.
2) Kereta sewa cantik tak semestinya baik. Perlu lebih berhati-hati dengan kereta yang kelihatan cantik diluar.hoho.

P/S: Entry sangat panjang sebab semangat menulis berkobar-kobar.

Jaa!!
Bye-bye!

7 comments