Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Me: The One and Only
Hi! 안녕하세요 ! Thanks for reading! ^^ ~He, who has no strength to dream, has no strength to live~Ernst Toller~
Disclaimer
Hi! Before anything else, just to remind you, I'm talking craps sometimes, so whatever is written here, just deal with it because afterall this is my blog (: I'm not an English/Bahasa teacher, so pardon my grammar. No any childish acts. Respect is a must. Thank You :D
Email: nurulshariff90@yahoo.com
AYUMIYOSHIDA:)
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME | A Plain Jane
Not just any type of girl Hello! I'm Nurul. 21 year old. AB blood type. Lefty. Another plain Jane who rarely has an objective. I just accept what I get, either it was a reward for my hard work or even it was a punishment from my laziness. Those facts explain how loser I am. Oh I am also one of girls who wrote fan letter as her bio. Love pink. Has 2 different personality because I am AB lol. Half of myself already here so yeah, just read it! ^^ ohh! I'm so random. Remember!



Instagram


Twitter


Khamsahamnida


Airi's first giveaway
Photobucket

Currently...
Feeling : Has crush on 이태민-koe ga suki. Soshite, anata no silent gesture, daisuki. 태민-san no ongaku itsumo kikimasu.
Eating : sushi, takoyaki, green tea,skittles, oat krunch, marshmellow lover. Nowadays mum homemade foods are saikou!
Doing : Sleeping 10 hours/day to get a better skin bleagh.
Watching : salamander guru and the shadow, operation love kver, painter of the wind, Rooftop Prince.
Reading : tuesdays with morrie by mitch albom.
Listening to : Lee taemin. Younha. Any beautiful ballad & R&B,Be Ma Girl-Teentop, Good night-B1A4.

Always Keep The Faith


CLERKSHIP SCHEDULE

[1] Clinical Oncology :
15/4/12-19/4/12

[2] Obstetric & Gynecology :
22/4/12-26/4/12

3] Surgery/Radiopharmacy :
29/4/12-3/5/12

[4] Pediatric :
6/5/12-10/5/12

[5] Medicine :
13/5/12-17/5/12

[6] Community Pharmacy :
20/5/12-24/5/12

[7] Psychiatry :
27/5/12-31/5/12

Wishlist

Daily Reads
Fay | WZul | Zati | Wana | Dramabeans | QiuQiu |

University
Ori | Kak Nuha | Ilham | Kak Syu | JauzeeUmny | Raj | Dila | Kak Fatin | El | Nabila | Pai | Syafuan

School
Faiz | Alif | Fizan | Zam | Syafizan | Faiq | miraayon | Tiqasaid

Familia
Kak Ya | Dek Ha

Fangirling&stuffs
Hananorisa RL | Fana | Mr.Pinky | Pinat | Jade | Nasyirah | Dorama | Hananorisa | Waiem | Icepluscoffee | C3JJ

miscellaneous
Agama | Adifstory | RahsiaFarmasi | Saifulislam | Doctor | Terfaktab | HanieHidayah | TeyCindy | Revelinme | CynthiaOng | Jezmine | Fatinliyana |

Rotten Things
March 2009 | April 2009 | July 2009 | August 2009 | September 2009 | October 2009 | November 2009 | January 2010 | February 2010 | March 2010 | April 2010 | May 2010 | June 2010 | July 2010 | August 2010 | September 2010 | October 2010 | November 2010 | December 2010 | January 2011 | February 2011 | March 2011 | April 2011 | May 2011 | June 2011 | July 2011 | August 2011 | September 2011 | October 2011 | November 2011 | March 2012 | May 2012 | June 2012 | July 2012 | August 2012 | February 2013 | April 2013 | May 2013 | June 2013 | September 2013 | February 2014 |

Confession
A love letter: Koi shichattanda, tabun kitzuitenai...
of my brain and the devil living inside.
Path
mungkin itu yang dikatakan rumah ku syurga ku.
stresss
Ohai. Rasanya da lama sangat tak update kan. Hari...
Working life: After 2 months
Seoul Trip | Part 1: Tips to travel in Seoul as a ...
Liebster Blog Award

Click!

> comments
Kad raya
Written at Monday, August 31, 2009 | back to top

Kad raya from Mr. Ihsan. Tq very much.

1 comments
KANCIL HIJAU, PEF 9948: Operasi GAGAL
Written at Sunday, August 30, 2009 | back to top

Yo! I'm gonna share some sengal+bengong+funny experience here. LOL.

IKLAN SEBENTAR:



Today is Matsumoto Jun's birthday. I wish happy birthday to him eventhough he may not read this entry. (sengaja meletakkan wajah lelaki super-kawaii sebagai penghias entry.lol)


THE STORY:

Hari ni hari ahad. esok cuti umum. ALYAA, PAI, FIEZA, DYLLA, dan SAYA telah merancang nak keluar town beli barang. Oklah. You may say it girls day out. Kononnya nak pusing-pusing town, pergi tesco, bus stand sg.Nibong, Queensbay, Bukit Jambul segala la. Lalu bertindak menyewa sebuah kereta kancil.

Masa: 9.00 pagi
Cuaca: Hujan

Adham dan Hafiz membantu ambil kereta di tempat sewa. Ok. Honestly speaking, saya tak tau apa-apa tentang aktiviti ni sebab saya masih lagi tidur. Malam tadi saya tak tidur, stay sampai pagi, Membuang masa mengulang tonton Hana Kimi kali ke 3 mungkin (atau lebih lagi). Kemudian menonton lagi Kamen Rider Kabuto( ini pun entah ke berapa tak tau). Lalu, pukul 7 pagi baru saya tidur dan Pai mengejut saya bagai orang gila cuba mengejut mayat bangun, ternyata tak ada respon langsung. Dan saya telah menspoilkan waktu perjalanan yang dirancang. Konon-konon nak pergi pukul 9.00 jadi pukul 10 lebih.

Saya sedikit kagum melihat kereta sewa yang cantik. Selalunya, kereta yang classmate saya sewa tak secantik ini. ( cantik level kereta sewa). Hujan sangat lebat. Singgah petronas tuang minyak RM10. Masa ni saya mula sedar, pintu sebelah tempat saya duduk getah dia dah tak kuat. Jadi air hujan masuk membasahi saya lalu bertidak meminta tisu dylla untuk sekat air hujan. Dylla dan Alyaa turut mengalami masalah ini.

Location: Atas bukit balik pulau-Relau

Fieza menyuarakan impiannya. Mahu naik ke atas bukit tinggi di tepi jalan dan melihat pemandangan di sana. Impian dia mendapat sambutan. Tiba-tiba, Alyaa (DRIVER) berkata: "Bakpe berat nih sek mu? habis dah tekan minyak susah gak nak naik. Sape berat nih?". kami gelak-gelak. Ok. Kami tau kancil memang sedikit susah nak naik bukit. Alyaa masih lagi tak berhenti-henti merungut kata berat nak naik bukit sepanjang-panjang perjalanan. Semua orang cuba bagi pendapat kenapa jadi berat. Fieza berkata: "Orang sorang la ni yang buta kereta?". Dia bercerita tentang Fobia untuk menaiki kereta yang dialami olehnya sejak kecil sebab pernah terlibat dengan kemalangan. Kata Fieza: " Tak nak amek lesen. Orang nak cari husband yang pandai bawak semua. Biar dia je drive."


Location: Atas bukit menghala ke arah Bukit Jambul.

Kancil hebat bewarna hijau ini mengeluarkan bunyi kuat seperti mahu pergi racing. Bajet hebat ah kalau bunyi macam nih. Tiba-tiba, di simpang tiga depan apartment Kancil hebat ini mengundur ke belakang. Tiba-tiba Dylla berkata sambil bermain SMS kepada pai: "weh sedap lagu nih. cuba kuatkan sikit radio tu." Masa tu Pai tengah kalut tarik hand brek. Fieza pelik dengan Dylla. Orang dok risau kereta mengundur, boleh dia suruh kuat radio. Kancil mengundur buat kali kedua. Kali ni lagi laju dan banyak. Oh la-la. Gila ah. Kalau belakang tadi ada kereta memang accident ah kita orang. Lepas tu, Alyaa cuba cuba jugak nak buat kancil hebat berjaya naik bukit. Cubaan gagal. Malah semakin mengundur ke belakang. Kereta-kereta lain mula hon kuat-kuat. Mungkin mereka cemburu sebab kereta mereka tak boleh buat aksi menarik perhatian macam kancil hebat ini. Alyaa mula menggelabah. Pai di sebelah cuba menenangkan. Fieza menyuarakan rasa tidak sedap hatinya.

Alyaa berkata: Orang dah cuba. Serius dah tekan minyak habis. Bakpe mengundur pulak.
Pai Berkata: Hang masuk gear betul ke idak?
Alyaa berkata: Eh betul nih. Bakpe gini nih.
Fieza berkata: Weh sek mu. takut ni. Bahaya la. Fobia.
Pai berkata: Ni keluar jalan tak berkat kut nih? Nurul, Hang keluar ni bagi tau ibu ke tak?
Nurul: hanya diam.(tersengih). Ok. Aku lupa nak bg tau. Tapi, baru arini je lupa. tak kan da nak dapat balasan (berkata dalam hati)
Fieza berkata: Sek mu yok la kita keluar kereta. (berwajah pucat dan sangat risau.)


Situasi: Diluar kereta tengah hujan

Alyaa cuba untuk drive naik bukit tu. Konon-konon kami ni berat, so keluar ah dari kereta kan. Tapi, still lagi mengundur. Lalu kami pun berfikir untuk bertindak menolak kancil hebat ini untuk naik sedikit. Haih! ("__"!) Mula-mula Pai tolak sorang. Dylla masih sibuk berSMS. Saya dan Fieza seperti blur dan melihat saja cubaan Pai. Ok. Mungkin Pai pikir: "Jebon betul budak-budak ni. Biar aku sorang tolak kereta." Tiba-tiba saya terfikir. "Apsal aku tengok ja?" Lalu, saya pun membantu Pai menolak sama sang kancil hebat itu. Selalu nampak aksi ni dalam TV. Tiba-tiba kau pulak jadi actress arinih. Ceh!

Kami masuk kereta semula ingatkan dah ok la kan sebab kami dah tolak naik bukit tu. Bila Alyaa start je enjin, kancil mengundur balik. Semua orang berdebar-debar. Kereta lain hon lagi. Fieza bertambah pucat. Saya menggenggam tangan dia yang sejuk dan menggeletar. Fieza mengajak kami balik ke Balik pulau. Mood bershopping sudah hilang. Masalahnya, camne nak balik? Naik bukit pun tak boleh ni. Fieza pun suruh keluar dari kereta. Semua pun keluar. Kami menyuruh Alyaa cuba drive sorang kalau boleh bawak kancil hebat ini naik bukit semula dan duduk di tempat selamat sebab kancil hebat ni buat hal kat simpang atas bukit. Kawasan strategik untuk kemalangan. Kami suruh Pai naik kereta semula teman Alyaa takut Alyaa gelabah.

Alyaa berusaha sedaya upaya untuk naik bukit lebih tinggi lagi. Hasilnya bunyi mengerikan terhasil dan bau hangit tersangat kuat. Kami di luar sangat risau kalau berlaku apa-apa yang tak patut. Kami takut kalau kereta meletup. Ohh..Kami sayang mereka berdua. Tuhan bantu kami. Fieza semakin resah, pucat, takut, risau. Fobia lampau menghantui Fieza. Dylla dan saya cuba menenangkannya. Kami menggenggam tangan Fieza supaya dia rasa selamat. Dylla berkejar ke arah kancil nak tengok Alyaa dan Pai. Saya dan Fieza masih memandang dari jauh. Fieza meluahkan rasa fobia dia yang semakin menjadi-jadi. Saya berkata: "Mama, dai jo bu..." sambil menepuk bahunya. Fieza ajak balik dan kami berfikir cara terbaik untuk pulang.

Pai menyuruh Alyaa call Kak Ayu, pemilik kereta sewa ini. Sedikit menyampahkan sebab suami Kak Ayu seperti memperlekehkan driving skill Alyaa. Lelaki tu kata: "Main-mainla minyak tu. tekan kuat-kuat. Masuk gear betul-betul." Suami kak Ayu cuba menyalahkan Alyaa. Alyaa semakin risau dan cuba defend diri sendiri kata dia tak salah sebab dia buat semua dah betul dah. Suami Kak Ayu suruh tunggu kata nak datang. Kami tunggu dengan wajah bosan. Sangat lama suami kak Ayu nak sampai. Saya seperti peminta sedekah mencangkung di luar kereta. Semua orang tengok kami pelik. Jakun tak pernah tengok kereta rosak lampu kecemasan mengelip-ngelip agaknya.

Tiba-tiba, ada kereta berhenti. Kami ingat pakcik tu suami kak Ayu. Tapi kenapa pakcik tu macam blur bertanya itu ini kepada kami. Kami mula blur dan sangsi. Pakcik tu cuba bagi pendapat berdasarkan penerangan Alyaa. Katanya mungkin klac habis, jadi tak boleh naik bukit. Pakcik tu nak try tengok apa masalah kereta ni.

Kami tanya:"Err..pakcik ni sape sebenarnya? Pakcik ni kak Ayu ke?"
Unknown Pakcik:"Pakcik mekanik. Ni on the way nak pergi kerja."
Kami berbisik sesama kami: "Kang kena bayar pulak tetiba. tunggu Kak Ayu jela."

Namun, pakcik tu dah masuk pun kereta, try bawak. Memang fail. Pakcik seorang lelaki berbadan besar pun FAIL nak naik atas bukit, ini lagi Alyaa. Pakcik tu kata, klucth habis. confirm. sebab tu tak boleh naik bukit. Alyaa kata, "tengok, bukan salah orang eh. Memang kereta ni masalah." Kami kata, "Jangan risau. Kereta ni memang rosak. Ntah brape lama tak service. bukan salah Alyaa." Pakcik mekanik offer kami hantar ke Bukit Jambul dan kunci kereta tinggal kat dia nanti dia bawak pergi bengkel. Tapi kami tolak offer tersebut sebab tak berani nak memandai sebab takut duit sendiri burn nanti. Pakcik pun pergi.

Suami kak Ayu sampai. Dia naik motor. sedikit mengecewakan. Habis kami nak naik apa? Kami tanya dia suami kak Ayu ke, dia jawab pun serupa tak mau jawab. Dia masih cuba menyalahkan skill memandu Alyaa. Kemudian dia try sendiri. Pakcik botak ni pandai-pandai je naik kereta ni. Kang dia bawak lari pulak satu hal. Dylla suruh Alyaa naik skali dengan pakcik botak supaya pakcik tu tak bawak lari kereta. lepas dia cuba, dia mengakui kebenaran klucth habis, bukan salah kami. Kak ayu call tanya suami da sampai ke belum. Kami tanya yang botak naik motor tu suami dia ke? Kak Ayu kata betul. Lega! Pakcik botak suruh kami tolak kereta ke tepi jalan nak masuk ke tempat pembinaan. Tolak lagi?? haih! Pakcik tu masuk kereta. Aik? apa dia pikir kami kuat ke nak tolak kalau dia yang kat dalam. Kami suruh dia keluar dan Alyaa pulak masuk. Berlaku lagi adegan tolak menolak kereta tepi jalan. Haih! ("___"!!) Pakcik tu call bengkel mana ntah dan kami tengah bingung pikir nak balik camne nampak teksi terus tahan. Pastu kami pun blah pergi Bukit Jambul naik teksi.

Balik, pukul 3.30 petang kami bercerita pada pakcik Kamar pasal tragedi nih. Dylla dan Alyaa sangat kecewa kerana tak dapat pergi tesco. Fieza sangat sedih tak dapat naik bukit tengok pemamdangan. Impian dia masih lagi gagal. Kami cuba snap beberapa gambar tempat kejadian, kemudian ternampak kereta KANCIL HIJAU BERNOMBOR PLAT PEF 9948 ditunda. Haih!! ("__"!!!) baru nak tunda? Kalau kami tunggu tadi memang sia-sia. Akhirnya, kami sampai rumah. Yukatta neh..!! kami sampai dengan selamat.


Kesimpulan:

1) Fieza bercadang untuk mencari suami seperti Gu Jun Pyo. Naik helikopter sendiri pergi mana-mana.
2) Kereta sewa cantik tak semestinya baik. Perlu lebih berhati-hati dengan kereta yang kelihatan cantik diluar.hoho.

P/S: Entry sangat panjang sebab semangat menulis berkobar-kobar.

Jaa!!
Bye-bye!

7 comments
Ramadhan
Written at Thursday, August 27, 2009 | back to top


Assalamualaikum...

Ramadhan datang lagi. Bulan yang semua orang tunggu-tunggu tapi belum tentu semua orang dapat tunaikan hak Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan tapi belum tentu semua orang akan memanfaatkan bulan ini sepenuhnya. Bulan yang boleh jadi platform untuk berhijrah. Hijrah diri dari segala sifat keji kepada yang terpuji. Dari terpesong, patah kembali ke jalan yang betul. Bulan permulaan untuk menjadi yang terbaik.

Tapi, belum tentu semua orang akan jadi yang terbaik. Sebab, jika kita menunaikan hak-hak ramadhan sepenuhnya, melakukan segala amalan, bersungguh-sungguh membaiki diri, akhlak dan amalan, tapi, bila saja ramadhan berlalu, kita meninggalkan terus segala apa yang kita lakukan dibulan ramadhan bahkan kita kembali semula ke arah kejahatan dan melakukan kerosakan seperti mana biasanya kita, itu bukanlah TERBAIK walaupun amalan ramadhan kita terlalu banyak, tapi, kita tetap GAGAL kerana yang terbaik itu adalah ISTIQAMAH. Berterusan walaupun sedikit.

Sebagai contoh, bulan ramadhan kita berjamaah di masjid, sebaik ramadhan berlalu, masjid kembali dipandang sepi, maka sia-sia segala usaha kita dulu kerana kita tak mampu mengekalkannya. Saya berharap agar kita semua bukan berada didalam golongan yang rugi termasuk saya yang selalu lalai dan leka dengan pesona dunia. Wallahualam.


Sebenarnya, saya baru saja naik cuti mid-sem.Tanpa saya sedar minggu ni dah tiba ke hari khamis. Kerja yang banyak tanpa sudahnya membuatkan saya tak sedar hari-hari yang berlalu. Sedikit sedih sebab tak dapat berpuasa berlama-lamaan di rumah. Tak dapat nak usik adik saya Izzah berumur 5 tahun yang sedang belajar puasa lebih-lebih. Tahun lepas dia puasa 18 hari. Tahun ni ayah suruh dia puasa penuh.


Ayah: Tahun ni izzah puasa penuh ya? Nanti nak buka, ayah belikan jajan.

Saya: Haha! Izzah puasa tak dapat pahala sebab niat salah. Puasa niat nak jajan.

Izzah: Ayah tengok kakak Yui ni...(mula nak menangis)


Haha. Saya suka saat ini. Hari pertama puasa, saya di kampung. Memang best. Membuli adik-adik saya. Hoho. Makan makanan best. Dengar ayah dan ibu tadarus lepas subuh, tapi saya malas join sebaliknya hanya membuta. Yang penting sekali, adalah sahur. Dapat makan nasi. Kalau kat sini, saya memang sedia tidur lewat hampir-hampir menjejak waktu sahur jadi bersahur terus sebelum tidur.

Tengah hari, melepak-lepak berbual segala bersama Una, Yaya cerita pasal sekolah and girly-mirly stuff sambil membuli Yaya berlebih-lebihan. Petang melepak di dapur teman ibu dan nenek masak untuk buka. Saya tolong tengok, teman, belek-belek makanan, komen, bau makanan jela. Nenek saya buat kerja memang pantas. Jadi, saya tak sempat kejar. Hoho. Alasan! Kemudian, ikut ayah pergi bazar ramadhan. Bazar sedikit bosan. Banyak makanan tapi semua sama. Melayan adik Izzah dan adik Naim memilih makanan mereka sebagai upah berpuasa. Walhal adik bongsu saya, Naim tak puasa, tapi dia yang lebih-lebih nak itu ini berbanding Izzah yang berjalan pun melayang macam nak jatuh bermuka monyok sepanjang petang kerana penat.

Malam lepas bertarawih, tengok Kabuto, konon-konon nak tengok dengan Naim sebab sepanjang siang merengek-rengek nak tengok kabuto. Lastnya, saya tengok sorang-sorang sebab dia tidur lalu tanpa di sedari masa berlalu pantas, saya tengok kabuto sampai ibu, ayah, nenek bangun untuk sahur. Kemudian, pura-pura tidur supaya tak dimarahi ayah kerana tak tidur sebab tengok kabuto. Ayah saya tak garang. Tapi, beliau selalu tegur saya sebab saya suka buat aktiviti yang yang bukan-bukan lagi tak berfaedah.

Kemudian, Hari ahad menjelma dan saya harus bersiap kembali ke dunia Balik Pulau. Melalui rutin harian, bergelumang dengan buku, kerja, dan segalanya yang menjadi kewajipan saya sebagai seorang pelajar.

Wassalam.


p/s: Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat beramal.


1 comments
Matsumoto Jun female version
Written at Saturday, August 15, 2009 | back to top


Dulu lelaki ini pada saya sedikit pelik. Saya sangat pelik kenapa ramai orang sangat meminati dia. Even, ada gak member lelaki meminati beliau. Asalnya, saya kurang sedikit meminati dia. Pada saya, ramai lagi artis jepun super kawaii. Tapi kenapa mesti dia. Mungkin kerana pengaruh Hana Yori Dango. Saya kurang suka rambut dia dalam cerita tu. Tapi sekarang, kenapa mesti dia jadi penghias desktop saya? (^_^")


Sebab, saya baru saja terperasan dia SENYUM BIBIR SENGET. suka!suka!

LELAKI SENYUM SENGET MEMANG BOLEH BUAT ORANG JATUH CINTA PANDANG PERTAMA.(ada juga kes minoriti yang tak valid dgn ayat diatas). Akhirnya, saya melangkah daulat kata-kata sendiri. Kawan saya budak lelaki yang minat lelaki ini kata saya sengal sebab tak perasan dari awal dia senyum senget. Tulah! Siapa suruh buat rambut stail kurang kacak dalam Hana Yori Dango yang bak kata housemate saya Fatimah si kipas susah mati MatsuJun nih dia buat rambut nak ikut sama watak kartun dalam manga. Kan saya dah tak perasan senyuman beliau. Lepas perasan senyuman senget ini, angau seketika saya. Hoho. After all, saya sedar aset utama seorang lelaki jika merujuk kepada rupa paras adalah RAMBUT dan SENYUMAN.




Sangat cute kan lelaki tersenyum bibir senget. MatsuJun memang super kawaii kenapa saya baru perasan lepas tengok MV believe-Arashi.


Berbalik tajuk entry, siapa yang tengok Kamen Rider Decade mesti kenal dengan Kanna Mori yang pegang watak Natsumi Hikari dalam Kamen rider Decade. Saya rasa, Kanna Mori boleh dikatakan MatsuJun female version. Wajah mereka ada persamaan. Paling obvious, sengih nampak gigi mereka sama.





perbandingan satu.



perbandingan dua.




perbandingan tiga.

Betul tak wajah mereka agak serupa. Kalau tak, biarlah. Tidak mengapa. Itu cuma pendapat saya. Apapun, sekarang saya sudah mula jatuh cinta pada beliau. Oh-la-la...Nurul mengapakah?? Haih!



Akhirnya saya faham kenapa orang selalu vote beliau sebagai cutest and hottest Japanese idol kalah japanese actress. Dan sekarang saya juga telah menjadi sebahagian daripada orang ramai itu. Walau apapun, watak dia dalam Gokusen memang best sebenarnya. Teringin mempunyai Onni-chan seperti watak Sawada Shin. Sangat caring lagi sayang pada adiknya. Owh! Saya amat angau sekarang!! Suka!!Suka!! <333

jaaa!Bye!

p/s: bahasa melayu saya sedikit janggal sekarang.


2 comments
The way you see the world
Written at Friday, August 14, 2009 | back to top



Hello!!

It's been a while since I wrote the last entry. As usual, I have a lot of things to do. A pile of assignments and laboratory reports waiting to be done. But, still got time for googling Jpop MV, watching anime, drama, reading online manga..Haih! Konon banyak kerja, tapi sangat bahagia membuang masa...(geleng kepala)

Secara rasminya, cuti mid sem saya bermula esok. Tapi, saya dah start bercuti hari selasa bermula jam 1.00 pm lagi. Kerana apa? H1N1. Saya rasa, semua orang pun bosan kan dengan kisah pusat-pusat pengajian ditutup sebab H1N1.

Entry kali ni bukan pasal H1N1. Saya cuma nak cakap pasal melihat dunia melalui sudut pandangan yang positive. Jarang saya rajin nak tulis entry bersifat seperti ini. Biasanya entry saya pasal artis jepun, korea, drama segala.

Ramai orang termasuk saya selalu cenderung untuk berfikir,

"Bagusnya kalau aku macam tu..."
"bestnya jadi macam dia..."
"Kenapa la nasib aku teruk sangat..."
"Why on earth its gonna be like this..."

Semua manusia pun macam tu termasuk saya. Jarang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Selalu mengharap balasan atas apa yang kita lakukan. Dan tanpa kita sedari, sifat seperti ni buat kita jadi manusia yang kedekut dan berfikiran negative lagi penuh syakwasangka.

Seperti contoh, kita tak boleh mengharap everything akan berakhir seperti apa yang kita rancang. kita selalu lupa yang tuhan punya rancangan lebih baik dari kita. Bila sesuatu berakhir dengan ending yang tak pernah kita sangka, kita selalu marah-marah, nangis, kecewa. Contohnya seperti saya, saya terlalu bercita-cita nak jadi cardiac surgeon. Saya amat kecewa bila tak mampu buat medical course. Tapi bila saya buat B.pharmacy, baru saya tahu, yang hidup ni tak semudah cita-cita. Saya tak kata yang pharmacy lebih mudah dari medic. Dua-dua sama susah. Tapi, sekarang saya sedar, kenapa tuhan rancang perjalanan saya seperti ini. Mungkin kalau saya jadi medical student saya langsung tak boleh survive, sebab terlalu lama. Saya seorang yang cepat bosan. Mungkin saya akan putus asa di tengah jalan.

Kemudian, kita selalu mengharap setiap apa yang kita beri akan dibalas. Saya selalu berpegang dengan falsafah,

" life is about gives and takes. Whatever you give, you'll get back"

Lately, saya sedar yang falsafah ni hanya valid untuk perbuatan jahat. Kerana apa? kerana tuhan maha adil. Dia akan balas kejahatan kita pada orang lain dengan bentuk yang sama atau mungkin lebih teruk lagi. Kenapa falsafah ni tak valid untuk perbuatan yang baik? Sebab tuhan kata dia akan balas kebaikan 1/10 je kat dunia. Lagi 9/10 kat akhirat kelak. Mungkin kita banyak menabur budi sekarang, tapi jarang orang nampak kebaikan tu, apatah lagi nak hargai. Tapi percayalah, tuhan tahu apa yang kita lakukan.

Tanpa kita sedari kita lebih banyak memberi daripada menerima. Kita lebih banyak berkorban untuk orang lain daripada orang lain berkorban untuk kita. Contohnya, dalam percintaan, kalau cinta kita tulus dan ikhlas, kita akan cuba buat apa saja untuk orang yang kita cintai. Walaupun kita tak tau, adakah dia benar-benar mencintai kita. Adakah dia willing to do the same thing untuk kita, bila kita perlukan dia di saat susah. Kita tetap percaya dia tanpa ragu-ragu, walaupun kita tak tau adakah dia layak untuk dipercayai. Kita tetap cuba untuk protect dia, walaupun belum tentu dia akan lindungi kita satu hari nanti. Mungkin satu saat, orang yang kita cinta akan tinggalkan kita dan berpaling pada orang lain, tapi kita akan biarkan dia pergi. Sebab bila kita cintakan seseorang, yang ingin kita lihat cuma senyuman dia. Biarpun kita terluka, dengan melihat dia tersenyum, walaupun senyuman tu bukan untuk kita, tapi, tu cukup untuk kita. Even, bila kita cuba untuk balas dengan kejahatan sekali pun, hati kita cuma akan bertambah sakit. Sebab lumrah manusia, tak mampu lihat orang yang disayangi menderita. Dan, jangan cuba kata anda seorang pencinta jika tak mampu bekorban seperti itu. Yeah..I know..It's lame. Saya sendiri tak pernah bercinta, dan saya kurang percaya dengan cinta, tapi, saya bercakap berdasarkan apa yang saya nampak.

Bila bekerja, kita akan lebih banyak berkorban untuk orang lain. Contohnya, health providers. Kerja di hospital sangat mudah terdedah dengan nosocomial infection (jangkitan penyakit yang dapat dari hospital). Tapi, kalau mereka give up dengan tugas mereka, semua perkara akan jadi susah. Kemudian, Cikgu. Cikgu sebenar tak kan pernah give up dengan anak muridnya walau pun anak murid dia sangat teruk dan dasyat. Jangan pernah anggap diri anda seorang guru kalau anda give up dengan anak murid. Dan sebagai seorang kawan, kita tak pernah tinggalkan kawan kita menangis sorang-sorang. Friends should be like that and friendship not just a word but a bond that can't be break.

Dan contoh terbaik ialah parents. Tak ada parents yang tau apa yang akan berlaku pada anak mereka pada masa depan. Tak ada parents yang tau adakah anak dia akan derhaka pada dia atau tak. Tapi parents tetap besarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Even anak-anak dia mula berubah jadi jahat, parents tetap tak berubah. Cuba bawa anak mereka kembali ke jalan yang betul. Walau pun miskin, tak mampu, parents tetap cuba penuhi keinginan anak walaupun tak dihargai. Saya tau, ada parents yang abaikan anak-anak. Tak ambil tahu langsung pasal anak-anak. Ada macam tiada. Tapi, sebenarnya, jauh di sudut hati mereka, mungkin nama anak-anak mereka pernah bertakhta disitu. Dan, jangan pernah cuba untuk menjadi parents kalau tak mampu beri kasih sayang pada anak without any condition.

Saya percaya, kalau semua orang cuba memandang dunia dengan baik, there is nothing to be worried. Kalau semua orang meletakkan rasa bersyukur pada tempatnya, dunia aman. The thing is, we have to look everything from the bright sides, then we'll be able to do the right things.




Drama ni adalah contoh the real teacher's character and how's friendship should be


2 comments
Award
Written at Monday, August 3, 2009 | back to top


Salam alaiyk... Got a lot of things to do. So, entry ni pendek saja.

Saya dapat lima award. Arigatou gozaimasu kepada si pemberi award.

1) WRITING AWARD

saya dapat award ni daripada Mr.Ihsan kerana bagi comment untuk entry 21st birthday ihsan - beliau adalah kenalan blogger yang bersifat teruja dengan diri sendiri maka saya selalu berminat untuk comment entry beliau.(but I like the way he is walaupun nampak kelakar and annoying. ('',) Sorry to Mr.Ihsan.)


2) VIEWER AWARD -juga daripada Mr.Ihsan




3) CUTEST AWARD -juga daripada Mr.Ihsan




4)FOLLOWER AWARD -juga daripada Mr.Ihsan.



Thanks a lot for these awards. Teruskan blogging sebab entry anda mmg menarik.


5)FRIENDSHIP AWARD-Menerima gelaran perlu singgah

Saya dapat award ni daripada Mr.Reff-Dah dapat lama. Tapi baru perasan sekarang sebab masa beliau bagi saya cuti semester. Beliau adalah schoolmate yang sengal, kepoh dan sangat berbangga dengan diri sendiri. Haha. Kau mmg Annoying.


Thanks for this award. Teruskan blogging sebab entry anda berinformasi.

Untuk award ni, saya tak tau nak bagi siapa. Sebab ni entry pendek, lain kali la saya cakap siapa yg akan saya bagi award ni.

Ok, Ittekimasu!

4 comments
Minna Ohaiyo!!
Written at Sunday, August 2, 2009 | back to top



Activity:listening to hitz.fm-weekend sun Rudy+Doing lab report.



Saya suka waktu pagi. Fresh and young! Mari kita nikmati pagi yang ceria!

Ini adalah pemandangan pagi dari meja study saya di depan tingkap. Tiap-tiap pagi weekend boleh tengok burung-burung terbang. Kalau petang boleh tengok sunset. sebab tingkap ni menghadap sebelah barat. Seronok bukan? Hahah!





Owh. Hari ini nak keluar beli tiket Raya. Excited ek? Bukan saya. Housemate saya yang excited. Haha. Saya ikut je.

Mahu bersarapan. Ittekimasu!!

6 comments
I'm sick of laboratory reports!
Written at Saturday, August 1, 2009 | back to top


mode= study.
location= desk.
situation= Tension with lab reports.
Action= Take a rest+ listening to kimi dake.


Salam alaiyk...Nanika atta? Saya sedang buh-san menghadap lab report yang maha banyak. sedang cuba melarikan diri dari lab report.

1) Biochemistry-lipid.
2) Physical pharmacy-adsorption solution.
3) Physical pharmacy-diffusion coefficient.
4) Biochemistry-amino acid,peptide,protein.

Banyak bukan? Bila tengok desktop laptop saya ni pun dah tau betapa tak terurusnya hidup saya. Tak sempat nak susun-susun folder segala. Maka, letak sume benda kat desktop sebab kalau letak kat document susah nak cari (sebab lagi bersepah). (^_^!)

Tak ada intention langsung nak siapkan lab report sebab saya tak rasa relief langsung kalau pun da siap. Yelah, biasanya, saya akan cakap, "Nurul, buat la. Nanti dah siap dah tak ada da lab report nak buat." Tapi masalahnya, lab report sekarang ada empat. Bila saya hantar lab report lipid hari isnin, petang tu ada lab bio chem lagi. Maka, lab report saya tetap empat. tak berkurang pun walaupun dah submit satu. Malah akan bertambah jadi lima menjelang Rabu. Maka, saya nak melarikan diri seketika dari lab report. Sekarang saya nak belajar.

Tapi, saya tamau belajar benda yang sedang belajar. Sebab buh-san juga. Maka sekarang saya sedang study dosage form II chapter Suture and Ligature. Chapter last skali yang akan belajar hujung semester nanti. Saya suka bab ni sebab pasal surgical suture (sterile thread used to sew body tissue together), ligature (sterile thread used to tie blood vessels without employing the needle), and sikit pasal surgical dressing. Dan saya suka subjek Dosage form. Tadi kelas dosage form belajar Opthalmic preparation. Preparation untuk eyes.

Hmm... itu baru lab report. Belum lagi kuiz yg bakal menjelang nih. Tu la saya kata. Asik buat lab report yang payah nak cari maklumat tu, bila masa ntah nak study. Nasib baik juga saya tak jadi letak nama untuk buat survey (volunteer) kat Hospital Pantai. Kalau tak, tambah lagi beban otak saya.

Okay, ittekimasu!


0 comments