Good signLabels: clerkship, random, therapeutic drug monitoring clerkship, unilife
5 random things #1 | Osteopenia
osteopenia : a degree of bone loss less severe than osteoporosis. The T-score (a measure of bone mineral density used to evaluate the degree of bone thinning detected in DEXA scanning) is between -1 to -2.5 considered osteopenia. a score below -2.5 indicates osteoporosis while a score above -1 is considered normal.
[oxford concise medical dictionary 7th ed]


roomate: ni mat salih sesat mana? aku ingat dah tersalah masuk bilik Jenny tadi. note: Jenny budak korea depan bilik yang jarang senyum. bajet kau rajin senyum lah, nurul? eh, tapi kawan dia rajin je senyum kat aku.dan aku baru terperasan aku memang selalu jerit, wey! hey! hi! dekat orang. which is tak sopan pada pendengaran orang tua tapi is normal untuk teenagers macam aku kut? haha.
Labels: 5 random things, clerkship, fan mode, of SJ and their ELF, Out patient department, pharmacy, random, unilife
Of Drug information service (DIS) clerkship and Pusat Racun Negara (PRN)Labels: clerkship, drug info service, pharmacy, unilife
Clerkship
Labels: clerkship, drug info service, pharmacy, unilife
Liver detox
Suweysaya mandi nasi lemak dekat sogo. Jugak sebab mulut masin saya sambil makan cakap "ini dapat wing ada yang ayam terbang kang." ayam tu terus terbang bersama sambal dan nasi penuh atas tudung, tee, cardigan, jeans, tali bagpack, dan jugak Mitch Albom saya dalam handbag. Tak tau la boleh hilang tak kesan minyak super banyak atas tudung cream fav aku tu.
kena halau dengan pekerja kedai kain baju kurung sebab tumpang cermin dia try tudung kedai orang lain. Sila note yang saya tak pernah pakai dan tak pernah ada tudung instant. tak memasal terpaksa beli. yes, saya pengguna setia tudung bawal. Dan satu hari tadi aku rasa aku adalah orang paling serabai hanya kerana nasi lemak ayam sogo.
beli baju dan aku baru perasan aku capai salah saiz lepas keluar dari shopping mall. Memang rezeki adik aku nak dapat baju mahal. Dan cantik.
kena pow dengan budak art kolej mana entah depan midvalley untuk beli hasil seni dia orang.Aku ingat sekadar tulis nama untuk support kerja dia orang. Tiba tiba dia kata kena beli keychain RM 30 or RM 50. Kau gila? Dan sebab aku kata aku cuma ada rm 50 nak beli tiket bus maka terbang Rm 10
nak beli takoyaki panjang nak mampus. Masa aku nampak tak ada orang, then bila aku pergi situ balik lepas 10 minit barisan bertukar super panjang
menyesal beli McD. Baik aku beli buah jimat dan kenyang dan perut tak pedih macam sekarang sebab carbonated drink
train ktm delay satu jam. Stresssss! Dan bag Rain Fay bagi koyak sebab orang tolak aku.
The great ones, MASTERPIECE yes, aku tertinggal bus KL-Penang. Kami tertidur dekat rumah kakak kawan aku. Sepatutnya aku tak dengar pelawaan dia suruh tidur sekejap sebelah dia so that pukul 12 aku boleh gerak dia bangun dan pergi bus stand. Dari awal aku dah rasa naik bus malam akan bawa masalah. Tapi sebab kawan aku beli tiket last pukul 1 pagi nak buat macam mana. Sepatutnya dari awal aku ikut planning aku sendiri. Naik bus tengah hari. Sorang-sorang tak ada hal macam masa aku pergi dari Penang tu. Nak berteman punya pasal jadi macam ni.
sebab sorang lagi yang akan balik ke USM sekali adalah junior aku yang akan ada kuiz esok mustahil kami nak balik esok pagi. Maka sekarang kami bertiga tersadai dalam kereta kawan junior aku untuk ke Penang. Dan kau tau tol ke Penang bukan murah. Dan tol pergi-balik ok. Aku mula nampak duit aku terbang melayang layang. Serius aku betul betul broke bulan ni. Mungkin bankrup. Financial aku tak pernah seteruk ni sepanjang aku hidup 21 tahun. Aku stingy, cheapskate dan semua yang sewaktu dengannya. Dan minggu ni buat tahap depressi aku makin teruk.
aku sentiasa ada mineral or plain water ke hulu hilir. Mineral water aku dah habis dan shell yang driver berhenti tadi punya mart dah tutup. Sekarang tekak aku rasa macam nak koyak dalam kereta ni.
I am a happy bride.
Marry U by Super Junior live ver Super Show 2
each time I listen to this song, I feel like I’m the happiest bride in this world. cant stop smiling. ears to ears. lol cheesy huh? it cant be help lah. haha. this song is so sweet, and the man is a modest person some more (from the way he propose his bride)
A: awak dengar marry me kan?
B: Marry U lah. haha. Hey, kan best kalau Teuk nyanyi kat Sora lagu ni. Walaupun saya jeles.
A: MANA BOLEH!! lagu tu special untuk E.L.F SAHAJA. tak boleh.
B: Haah kan, lagu tu dah reserve special untuk fans, kalau dah nyanyi kat Sora dah tak special.
The A was mrs. sungmin and the B ofc was me.
oh yeah why suddenly keluar kawin kawin ni? is because I’m watching WGM Teuk-sora rn. Walaupun sebenarnya bukanlah nak tengok original couple Teuk-Sora sangat, tapi nak tengok couple hadiah percuma, Eun-Hae, Kyu-min tu. haha. hey bebudak berempat, kau orang buat la appearance setiap episode okay? tiba-tiba terfikir kalau ada heenim lagi seronok kau. Mesti sora kena buli. *evil grin* Teuk oii jangan lebih lebih sangat. ingat awak tu ada 4 isteri dengan sorang anak lagi. itu belum kira isteri kau merata dunia cewahh. haha.
oh yes, I was translating this song into Bahasa, dan its turning weird. cheesy giler, awkward pun ada. gelak sengsorang aku. sudahlah. aku memang tak reti guna Bahasa dengan cantik dan elok. *duduk penjuru bilik sambil gigit kuku*
Love, oh baby my girl
kau adalah segalanya bagi ku
Pengantinku yang cantik rupawan [original lyric: areum daum]
kau adalah hadiah dari tuhan
kita akan bahagia
di mata mu yang hitam bergenang air mata,
walaupun rambut mu yang hitam mempersona bertukar putih,
sayang ku, kau sayang ku, ku bersumpah mencintaimu.menyebut “aku cinta padamu” adalah apa yang ingin ku lakukan setiap hari dalam hidupku
mahukah kau mengahwini ku?
aku ingin menyintaimu, menghargaimu, dan hidup dengan mu
aku mahu kamu bersandar di bahu ku setiap kali kamu tidur
mahukah kau mengahwini ku?
dengan hati ku ini, mahukah kau menerima ku?menemani mu sepanjang hidup, aku sanggup [original lyric:I do]
mencintaimu, aku sanggup [original lyric:I do]
Biarpun salji mahupun hujan, aku akan di situ melindungi mu, aku sanggup [original lyric:I do]
biarkan aku menjadi insan yang akan melindungi mu.kau bergaun putih, aku memakai suit,
kita berdua berjalan bersama menuju bulan dan bintang, ku bersumpah
tiada dusta, tiada sangsi,
Puteri tersayang ku, teruslah dengan ku
Biarpun kita semakin tua, kita akan terus tersenyum dan hidup bersama
mahukah kau mengahwini ku?
Mahukah kau menghabiskan seluruh hidup mu bersamaku?
tak kira betapa sukar dan betapa penatnya kita, aku sanggup [original lyric:I do]
aku akan sentiasa disisi mu, aku sanggup [original lyric:I do]
Hari-hari yang akan kita lalui bersama, aku sanggup [original lyric:I do]
setiap hari hati ku akan mengucapkan syukur, sayang kutelahku sediakan untuk mu sekian lama cincin ini,
ambil lah cincin yang bersinar di tangan ku ini
seperti rasa hari ini, ingatlah janji yang kita meterai sekarang,
mahukah kau mengahwini ku?menemani mu sepanjang hidup, aku sanggup [original lyric:I do]
mencintaimu, aku sanggup [original lyric:I do]
Biarpun salji mahupun hujan, aku akan di situ melindungi mu, aku sanggup [original lyric:I do]
biarkan aku menjadi insan yang akan melindungi mu.aku hanya mampu memberi mu cinta,
walaupun ianya tak penting,
walaupun banyak kekurangan ku,
akan ku lindungi cinta kita, kau dan aku
mari berjanji, walau apa pun terjadi, kita akan tetap saling mencintai
dan begitu jua.. aku sanggup [original lyric:I do]
aku akan sentiasa disisi mu, aku sanggup [original lyric:I do]
hari-hari yang akan kita lalui bersama, aku sanggup [original lyric:I do]
setiap hari hati ku akan mengucapkan syukur, sayang kumahukah kau mengahwini ku? aku sanggup [original lyric:I do]
apa pun saya sangat suka part Hae ofc (the one in pink), eh dia tulis sendiri tahu lirik itu. dan part kyuhyun-yesung (the one in purple).
Gomawo chagi.
sincerely,
Puteri tersayang Hae. tampar pipi sendiri
Labels: #song of the day, beautiful moment, fan mode, love story, lyric, of SJ and their ELF, random, song